Kat dalam rumah ni, semuanya minum susu segar...setiap hari. Susu segar ni, biasanya untuk diminum macam tu aje, ataupun untuk dicampurkan dengan milo ataupun untuk buat 'carrot juice'. Oh ye..juga untuk dimakan dengan bijirin... Tak kira lah, siang atau malam...susu segar ..adalah kemestian. Kadang-kadang saya akan gunakan untuk masakan, contohnya kari. Saya tak gunakan santan dalam masakan saya sebab kolestrolnya tinggi dan merbahaya untuk kesihatan. MASALAHNYA sekarang ialah harga susu segar naik lagi. Harga sekotak (1Liter) susu segar yang biasa saya beli, hari ini dah mencecah lebih kurang RM 5.50 !!! MAHALNYA!!
Saturday, December 17, 2011
Friday, December 9, 2011
Disember Menjelang Lagi!
Wah, pejam celik, pejam celik, bulan Disember menjelang lagi. Bulan ini adalah bulan kelahiran saya. Alhamdulillah dikurniakan Allah, usia yang lanjut sehingga ke hari ini. Banyak pengalaman suka dan duka telah pun saya tempuhi. Banyak perkara yang saya inginkan telah pun tercapai. Syukur Alhamdulillah. Namun, ada juga yang ingin saya lakukan masih belum dicapai. Semoga apa yang saya cita- citakan akan tercapai ...InsyaAllah. Syukur juga, setakat ini saya dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Kesihatan itu penting. Tanpa kesihatan, satu benda pun kita tak dapat buat.
Thursday, November 3, 2011
PW pergi rombongan sekolah
Semalam, anak saya yang nombor dua tu, pergi mengikuti rombongan sekolah ke Port Dickson. Terasa sunyi pulak, bile dia tak ade kat rumah. Dia pergi tiga hari. Esok baliklah. Yang saya rasa nak tergelak tu bila PW bertanya: "Adakah mak akan merindui saya nanti?" He..he..he..tergelak besar saya dibuatnya. "Mestilah mak rindu !! "jawab saya. PW senyum meleretttt.
PW |
Wednesday, October 26, 2011
ALi- Leopard of Kilimanjaro
http://youtu.be/50yC9zFBWNY
I was amazed, truly amazed by the performance of Ali in a KBS programme which aired in Malaysia last Saturday afternoon. Wow...very fantastic and excellent. I really love her performance on that day. Her voice was very powerful and strong. The way she acted on the stage was really touching. Even though I don't understand Korean, the song that she sang did move my heart. Every second ..was WOW! I think, it's not only me..she has managed to get fully attention from the audience as well. Congratulaions Ali! You are a great performer..
Tuesday, October 25, 2011
Jatuh Sakit
Aduhh!! Dah lama saya tidak jatuh sakit..Tiba-tiba, Ahad lepas saya mengalami demam panas yang tinggi. Kepala, sebelah bahagian sahaja, sakit nye teramat-amat lah sangat....pada jam 2 pagi. Kiranya dah masuk hari Isnin lah. Saya tidak mengambil sebarang ubat seperti panadol, walau pun suami bergegas untuk mencari panadol di luar sana. Saya melarang beliau kerana walau pun panadol tu ade di depan mata nanti, saya tak akan mengambilnya. Sebaliknya saya mengambil Ling Zhi, yang memang sentiasa ada di rumah. Alhamdulillah badan saya kembali pulih pada keesokan pagi...cuma lemah sedikit sebab selsema. Saya terus mengambil Ling Zhi...nampaknya hari ni beransur-ansur pulih. Waduhhh saya sebenarnye jarang jatuh sakit ......sekali jatuh sakit...Aduhhhh tak tahannya. Kesihatan ...sangatlah penting. Pembaca blog di luar sana...jagalah kesihatan anda sebaik yang mungkin. Jaga diri baik-baik ye...
Saturday, October 15, 2011
Semangat Orang Korea
Tiba-tiba terlintas di fikiran ini, betapa bersemangatnya orang Korea dengan negara mereka. Melalui pengamatan saya ketika berkunjung ke Korea baru-baru ini, mereka ini adalah sangat patriotik. Contohnya, sepanjang penginapan saya di hotel, saya perhatikan 'housekeeper' adalah terdiri daripada orang-orang Korea sendiri. Tidak ada pun pekerja yang diambil dari mana-mana negara miskin. Pada mulanya, saya sangkakan pekerja yang membersihkan bilik itu adalah pekerja asing, tetapi sangkaan saya meleset. Saya berasa janggal ketika itu, kerana telah terbiasa melihat pekerja asing sebagai 'housekeeper' baik di Malaysia mahupun di France. Contoh yang sama juga saya dapati di tandas awam, restoran biasa dan di kedai. Pendek kata, kerja-kerja buruh ini dilakukan oleh orang Korea sendiri. Itu kalau kita lihat dari pandangan tenaga buruh. Kalau dilihat dari segi bahasa pulak, memang mereka menggunakan bahasa dan tulisan Korea sepenuhnya. Mungkin ada la satu dua patah perkataan Inggeris digunakan. Saya sendiri terpaksa menggunakan khidmat pekedai untuk mengetahui kandungan di dalam bungkusan makanan yang ingin saya beli. Saya berpendapat bukan sahaja di Korea, negara-negara seperti Jepun, Taiwan, China juga menggunakan bahasa ibunda mereka sepenuhnya, termasuklah negara Eropah seperti France. Jadi usaha Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu adalah sewajarnya. Masih belum terlambat, dan sama-samalah kita berusaha demi kejayaan ini.
Friday, September 16, 2011
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H
Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin
Mintak maaf lah kepada pembaca blog! Di waktu ini, saya kesuntukan masa untuk mengemas kini blog! Maklum lah kita masih di bulan syawal..sibuk betul lah.. :)
Jumpa lagi!
Mintak maaf lah kepada pembaca blog! Di waktu ini, saya kesuntukan masa untuk mengemas kini blog! Maklum lah kita masih di bulan syawal..sibuk betul lah.. :)
Jumpa lagi!
Berlalunya Ramadhan 1432 Hijrah
Diam tak diam, kita sudah pun di dalam bulan Syawal. Mengenang kembali Ramadhan yang lalu, saya berpuasa di tiga negara. Negara - negara tersebut ialah Perancis, Malaysia dan Korea Selatan. Pengalaman ini ingin saya rakamkan di blog kerana inilah pertama kali saya berpuasa di tiga buah negara sersentak dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah,berjaya saya harungi. Terharu jugak, sewaktu berbuka puasa di Korea, saya hanya berbuka dengan kurma, nasi putih dan ikan tuna sahaja. Nasi putih pulak, nasi yang telah siap dimasak dan dipek....beli di kedai 7-Eleven. Ha...waktu tu baru lah betul-betul terasa bagai mana insan yang tidak mempunyai makanan atau sukar mendapatkan makanan seperti rakyat Somalia!! Syukur Alhamdulillah..kerana kita di Malaysia terlalu mewah dengan makanan!
Malam Ramadhan di Jeju, Korea |
Sunday, August 7, 2011
Puasa Ramadhan di St. Malo
Sekali lagi puasa jatuh pada musim panas. Bangun sahur adalah pada pukul 3.50 pagi. Waktu subuh pulak adalah sekitar 4.40 pagi. Hari pertama dan kedua sahur, Cami dengan Adam nak makan nasi untuk sahur.Terpaksalah saya masak nasi dan goreng telur sahaja. Tapi dah masuk hari ketiga, depa tak nak nasi. Cuma minum susu coklat panas dan roti *baguette* sahaja. Macam sarapan pagi setiap hari. Tak lupa juga ..buah kurma. Saya pastikan setiap orang memakan buah kurma.
Cami dapat puasa sekerat jalan aje. Adam tak ada masalah nak puasa. Bila waktu petang menjelang sekitar 7.00 petang, dia dok mundar mandir ke dapur. ..tengok saya masak. Muka pun dah berubah..
Sekitar jam 9.50 malam barulah kami dapat berbuka. Hari pertama, tahap selera perut boleh tahan lagi. Tapi peliknya hari kedua kami hanya jamah tiga empat suap nasi sahaja..sebab kurang selera. Begitulah pengalaman berpuasa pada musim panas di Perancis.
Balik Malaysia
Esok, kami semua akan balik ke Malaysia. Tak sabar rasanye nak balik ke rumah sendiri. Tak sabar juga nak makan makanan kegemaran ...ah rindu betul masakan kita orang Melayu..
Sampai jumpa lagi..
A Bientot!
Thursday, August 4, 2011
Koleksi Chopstick
Baru-baru ni saya ke kedai untuk melihat barangan dapur. Ternampak pulak chopstick plastik ni. Cantik, menarik dengan pelbagai warna. Disebabkan kami sekeluarga suka makan sushi, maka saya pun membelinya. Menariknya, di hujung chopstik ni macam penyepit baju. Sangat praktikal.
Langit petang pada 2 Ramadhan 1432, St-Malo, Perancis
Gambar di atas menunjukkan waktu hampir senja pada 2 Ramadhan 1432. Jam ketika itu adalah 9.30 malam. Masih belum gelap lagi. Tempoh berpuasa di Perancis dan sekitar Eropah adalah lebih kurang 17 jam lamanya. Suatu tempoh yang panjang. Namun, saya dapat berpuasa dengan tenangnya. Alhamdulillah. Cuaca, walaupun sedikit panas, tetapi masih ada sedikit sejuk.
Wednesday, August 3, 2011
Le Tour a Dinan 2011
Tahun ni laluan Tour de France 2011 melalui bandar Dinan. Saya pernah melawat bandar Dinan..antara sebuah bandar tertua di France. Sempena laluan peserta-peserta ke bandar ini, terdapat beberapa lukisan cantik dilukis di kaca cermin kedai-kedai di bandar ini. Lihat gambar di atas..antara gambar yang sempat diambil. Cantikkan!
Tuesday, August 2, 2011
Bon Secour
Ni satu lagi gambar anak2 melakukan terjunan. Dalam banyak-banyak pantai, ade satu pantai yang mempunyai kemudahan lompat terjun. Mereka bina tempat lompat terjun ni macam yang ada kat kolam renang. Bezanye..di tepi laut. Jadi, kalau nak buat lompat terjun ni, kena tunggu paras air tinggi. Bila kolam tu dah penuh, baru lah aktiviti lompat terjun dibenarkan. Siap ade *life saver* lagi.
Sunday, July 31, 2011
Pantai Lupin, St.-Malo
Empat hari yang lepas, kami semua ke pantai Lupin, untuk mencari kerang. Ketika itu paras air adalah sangat rendah. Jadi kami pun mengambil kesempatan ini untuk mencari kerang. Pantai ini mempunyai banyak kerang kerana paras air yang terlalu rendah dan terlindung. Pantai ini umpama teluk kecil. Masuk aje jari ke dalam lubang pasir..mesti cari lubang yang berkeliling 1mm. dah boleh dapat kerang. Kerang ni kami bawak balik ke rumah dan rendamkam semalaman untuk mengeluarkan semua pasir. Keesokkannya, kerang ini direbus dan apalagi ..makanlah. Boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan roti panjang (baguette) yang disapi dengan butter.
Adam mencari kerang |
paras air dah mula naik |
Empat hari yang lepas, kami semua ke pantai Lupin, untuk mencari kerang. Ketika itu paras air adalah sangat rendah. Jadi kami pun mengambil kesempatan ini untuk mencari kerang. Pantai ini mempunyai banyak kerang kerana paras air yang terlalu rendah dan terlindung. Pantai ini umpama teluk kecil. Masuk aje jari ke dalam lubang pasir..mesti cari lubang yang berkeliling 1mm. dah boleh dapat kerang. Kerang ni kami bawak balik ke rumah dan rendamkam semalaman untuk mengeluarkan semua pasir. Keesokkannya, kerang ini direbus dan apalagi ..makanlah. Boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan roti panjang (baguette) yang disapi dengan butter.
Berbalik kepada pantai ni, paras air yang rendah tadi, akan naik dengan pantasnya...macam tsunami. Macam aje. Jadi, kami pun cepat-cepat naik ke darat..kalau tak..tenggelam le. Paras air naik sangat tinggi .. tak boleh cari kerang lagi. Nak buat apa? Berenang lah jawapnya. Anak -anak mengambil kesempatan untuk berenang bersama bapa mereka. Saya juga dapat melihat, bot-bot perahu layar yang terdampar tadi, dah boleh berlayar. Tuan punya bot sememangnya tunggu waktu ni untuk melayarkan bot mereka.
Saturday, July 30, 2011
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432
Ramadhan menjelang lagi. Tinggal 1 hari aje lagi. Walaupun suasana nak menyambut Ramadhan berbeza dari Malaysia, tetapi ianya tetap ada. Kalau hari-hari sebelum ni, cuaca mendung, sejuk dan angin kuat, tetapi semenjak semalam lagi, cuaca dah berubah jadi panas! Tak la panas sampai 40 darjah celcius. Cuma lebih panas daripada hari-hari sebelum ni. Cahaya matahari pun dah mula bersinar-sinar. Buah kurma pun dah ade dijual dah kalau pergi ke kedai Carrefour.
Isnin ni semua umat Islam akan berpuasa. Puasa pertama kali ni nampaknya sekali lagi di Perancis. Tapi bukannya dalam perjalanan pulang seperti sebelum ni. Kalau tak ada aral, kena puasa seminggu kat sini..InsyaAllah. Lepas tu balik Malaysia. Bagaimana la agaknya berpuasa musim panas kat sini? Di sini, waktu Subuh ialah pada pukul 4.36 pagi. Waktu Maghrib pulak ialah pada pukul 9.54 malam. Apa-apa pun, kita kena pasang niat berpuasa ialah kerana Allah dengan hati yang ikhlas. InsyaAllah, semua dugaan boleh dihadapi!
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan !
Kuching Gemuk!
Inilah kuching gemuk kami di sini. Nama dia ialah Petite! Maksudnya kecil. Tapi anak kuching ni bukannya kecik, tapi gemuk! Gemuk sangat. Sedap dipeluk macam peluk bantal peluk. Kalau kita usap dia, kuching ni akan lentuk sini lentuk sana sebab suka. Satu aje ...kalau dia rimas, dia akan keluarkan kuku tajamnya!! AWas..luka di kulit boleh mencecah sepanjang satu inci...
Thursday, July 21, 2011
Ubi Kentang Saint Malo
Hari ni barulah saya tahu pasal ubi kentang. Rupa-rupanya ada pelbagai jenis ubi kentang di Perancis. Tapi nama-nama jenis ubi kentang, saya tak pasti. Mungkin saya akan kaji kemudian. Kat sini, makanan yang kerap kami makan ialah ubi kentang! Sama ada digoreng, direbus, dilecek dan direbus kemudian dipanaskan atas api dengan mentega. Butter juga adalah suatu kemestian!!! Tapi, ubi kentang Saint-Malo adalah yang paling sedap..yang mana ia tak perlu dimakan dengan mentega! Sedapnya!!
Tuesday, July 19, 2011
Cuaca Tak Menentu
Cuaca kat sini, St. Malo, agak tidak menentu. Dari minggu lepas, hujan, angin kuat dan sejuk setiap hari! Cuaca begini khabarnya akan berterusan sehingga hujung minggu ni! Ahh..kata musim panas. Itulah ketentuan Ilahi. Hanya Dia sahaja yang Maha mengetahui.
Semalam, walau macam mana pun, kami tetap mengambil angin petang sambil berjalan ke Taman berdekatan. Masa tu, sejuk memang sejuk (terlupa bawa jeket pulak tu). Angin kuat dan kadang-kadang hujan.
Saturday, July 16, 2011
Musim Panas 2011
Dah masuk pun musim panas. Tapi kat St. Malo ni cuaca tak menentu. Kadang kala hujan, mendung dan panas. Kalau panas pun, masih terasa kesejukan yang di bawa oleh angin dari utara. Suhunya minima adalah sekitar 15 darjah celcius dan maksima pula sekitar 22 darjah celcius. pulak Kalau cuacanya panas, apa lagi kami pun ke pantai lah! Yang paling gembira mestilah budak-budak.
Thursday, July 14, 2011
Perpustakaan St. Malo, Perancis
penulis di hadapan perpustakaan st. malo |
Wednesday, July 13, 2011
Hendak Ulam Pucuk Menjulai: Sebuah Autobiografi
Hendak Ulam Pucuk Menjulai: Sebuah Autobiografi adalah sebuah buku yang mengisahkan kehidupan peribadi Puan Hajjah Sokme Samdin sebagai seorang pendidik dan guru Bahasa Inggeris khasnya. Setelah membacanya saya mendapat banyak maklumat tentang dunia pendidikan di negara kita Malaysia, terutama pembelajaran dan pengajaran di dalam Bahasa Inggeris. Saya amat kagum dengan semangat kental dan perjuangan beliau sebagai seorang pendidik. Beliau mempunyai visi di dalam melihat anak-anak murid beliau berjaya. Beliau juga mempunyai kreativiti di dalam mendidik anak-anak bangsa sehingga mereka mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Alangkah bagusnya kalau saya mendapat sentuhan didikan Puan Hajjah sewaktu di bangku sekolah dulu. Walau bagaimanapun, saya tetap berterima kasih kepada bekas guru-guru yang pernah mendidik saya sewaktu di bangku sekolah dulu. Kepada bakal-bakal pendidik dan juga pendidik yang sedia ada, saya cadangkan anda semua membaca autobiagrafi ini sebagai pembakar semangat di dalam mendidik anak-anak Malaysia yang kita kasihi.
Sunday, July 10, 2011
Moules et Des Huitres
Moules |
des huitres |
Aha..Saya berkunjung lagi ke St. Malo menziarahi keluarga sebelah suami. Kalau ke sini tak sah tak makan kupang atau dalam Bahasa Perancisnya 'moules' dan juga makanan laut tiram atau 'huitres'. Kami beli kupang dan tiram ni di pasar basah di St. Servain untuk hidangan makan malam. Kami makan kedua-duanya sekali! Untuk menikmati tiram, kami terpaksa mengupas kulitnya dulu dengan menggunakan pisau khas. Pisaunya pendek dan turus dihujungnya. Ini kerana kulit keras tiram ini dikatup rapat dengan ototnya. Itu juga tandanya tiram ni masih segar. Selepas dikupas barulah ianya dihidangkan. Untuk rasanya lebih enak, kenalah letak sedikit jus citron..dan nyap masuk terus ke mulut. Hmm sedapnya tak terkata. Bagi moules, pulak ianya kenalah dimasak terlebih dahulu. Lebih sedap jika dimakan dengan kentang goreng. Tapi dek kerana kepenatan, kami makan dengan roti Perancis sahaja.
Friday, February 4, 2011
LAKSA Kekenyangan
Sunday, January 23, 2011
Larian Gemilang 2011
Semalam, buat pertama kalinya saya menyertai acara larian sejauh 10 KM. Kalau tak silap saya, acara terakhir saya meyertai acara larian 10 KM ialah sewaktu menuntut di Universiti. Dah lama dah...
Jadi semalam, saya saje suka-suka menyertai acara larian ni..Wah tak sangka pulak boleh menamatkan laluan sejauh 10 KM dan dalam tempoh 1jam 15 minit (Tempoh layak ialah 1 jam 45minit). Ok le tu..untuk rekod sendiri! Dapat sijil penyertaan pulak lagi...wah betul-betul seronok dan bangga (sori ye ..syok sendiri..he..he..).
Saya sendiri tak menyangka saya boleh melakukannya. Mula-mula..saja suka-suka 'register' untuk menyertai larian..tapi..bila menjelangnya hari larian..timbul pulak perasaan ragu-ragu.
Nak tarik diri atau nak teruskan??
Boleh ke aku habiskan 10KM ni?? Isyhhhh..
Apa la yang aku buat ni?
Akhirnya saya memutuskan untuk mencabar diri sendiri..dan selepas sembahyang Subuh, saya pun berangkat pergi ke tempat acara diadakan, iaitu Universiti Malaya.
Saya memerhatikan gelagat peserta masing-masing. Mereka sanggup turun seawal pagi. Hari masih gelap lagi, dan mereka sedang memanaskan badan. Bukan calang-calang peserta. Tapi relaks...kata hati saya. Saya memerhatikan lagi..kebanyakan peserta adalah muda-muda belaka berbanding dengan saya. Adalah beberapa orang yang sebaya dan lebih tua. Tapi relaks..kata hati saya lagi..tujuan saya ke sini adalah untuk menguji diri sendiri ..dan sambil berlari..sambil beramal kerana sebanyak ..RM (tak ingat pulak berapa) akan disumbangkan ke Badan Kebajikan.
Selepas ni ..saya berasa yakin kepada diri sendiri untuk menyertai acara larian yang lain pulak. Terasa seronok pulak, disamping menjaga kesihatan diri ..
Lepas ni ke mana pulak ye?
Sunday, January 2, 2011
Periuk Besar
Menu untuk makan tengahari ni, saya sediakan sup ayam! Hmmm sedap! Sewaktu kuah mendidih..membuak-buak sup ayam tu...Saya terpaksa mengacau selalu sambil mengawal api dapur supaya kuah tu tak tumpah.
Tiba-tiba baru saya teringat ..ibu berpesan supaya membeli periuk yang lebih besar!! Anak-anak semuanya dah besar..maka periuk pun mestilah BESAR!!
Ok..lepas ni terpaksalah saya mencari periuk yang lebih besar. Betul juga tu, selalunya kalau ada tetamu, saya tidak berani menyediakan makanan yang berkuah, sebabnya..periuk yang sedia ada didapur ni memang bersaiz sederhana besar...Hmmmm...suatu perubahan buat saya : )
Saturday, January 1, 2011
Selamat Tahun Baru 2011
Selamat Tahun Baru 2011!!
Semoga apa yang berlaku tahun lepas dijadikan pedoman dan tahun yang baru ini disambut dengan penuh bersemangat!
Subscribe to:
Posts (Atom)