Tuesday, October 25, 2011

Jatuh Sakit

Aduhh!! Dah lama saya tidak jatuh sakit..Tiba-tiba, Ahad lepas saya mengalami demam panas yang tinggi. Kepala, sebelah bahagian sahaja, sakit nye teramat-amat lah sangat....pada jam 2 pagi. Kiranya dah masuk hari Isnin lah. Saya tidak mengambil sebarang ubat seperti panadol, walau pun suami bergegas untuk mencari panadol di luar sana. Saya melarang beliau kerana walau pun panadol tu ade di depan mata nanti, saya tak akan mengambilnya. Sebaliknya saya mengambil Ling Zhi, yang memang sentiasa ada di rumah. Alhamdulillah badan saya kembali pulih pada keesokan pagi...cuma lemah sedikit sebab selsema. Saya terus mengambil Ling Zhi...nampaknya hari ni beransur-ansur pulih. Waduhhh saya sebenarnye jarang jatuh sakit ......sekali jatuh sakit...Aduhhhh tak tahannya. Kesihatan ...sangatlah penting. Pembaca blog di luar sana...jagalah kesihatan anda sebaik yang mungkin. Jaga diri baik-baik ye...

No comments: