Wah, pejam celik, pejam celik, bulan Disember menjelang lagi. Bulan ini adalah bulan kelahiran saya. Alhamdulillah dikurniakan Allah, usia yang lanjut sehingga ke hari ini. Banyak pengalaman suka dan duka telah pun saya tempuhi. Banyak perkara yang saya inginkan telah pun tercapai. Syukur Alhamdulillah. Namun, ada juga yang ingin saya lakukan masih belum dicapai. Semoga apa yang saya cita- citakan akan tercapai ...InsyaAllah. Syukur juga, setakat ini saya dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Kesihatan itu penting. Tanpa kesihatan, satu benda pun kita tak dapat buat.
No comments:
Post a Comment