Sunday, July 31, 2011

Pantai Lupin, St.-Malo


Adam mencari kerang

paras air dah mula naik

Empat hari yang lepas, kami semua ke pantai Lupin, untuk mencari kerang. Ketika itu paras air adalah sangat rendah. Jadi kami pun mengambil kesempatan ini untuk mencari kerang. Pantai ini mempunyai banyak kerang kerana paras air yang terlalu rendah dan terlindung. Pantai ini umpama teluk kecil. Masuk aje jari ke dalam lubang pasir..mesti cari lubang yang berkeliling 1mm. dah boleh dapat kerang. Kerang ni kami bawak balik ke rumah dan rendamkam semalaman untuk mengeluarkan semua pasir. Keesokkannya, kerang ini direbus dan apalagi ..makanlah. Boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan roti panjang (baguette) yang disapi dengan butter.

paras air sangat rendah


tuan punya bot dah nak mula belayar

Berbalik kepada pantai ni, paras air yang rendah tadi, akan naik dengan pantasnya...macam tsunami. Macam aje. Jadi, kami pun cepat-cepat naik ke darat..kalau tak..tenggelam le. Paras air naik sangat tinggi .. tak boleh cari kerang lagi. Nak buat apa? Berenang lah jawapnya. Anak -anak mengambil kesempatan untuk berenang bersama bapa mereka. Saya juga dapat melihat, bot-bot perahu layar yang terdampar tadi, dah boleh berlayar. Tuan punya bot sememangnya tunggu waktu ni untuk melayarkan bot mereka.

No comments: