Moules |
des huitres |
Aha..Saya berkunjung lagi ke St. Malo menziarahi keluarga sebelah suami. Kalau ke sini tak sah tak makan kupang atau dalam Bahasa Perancisnya 'moules' dan juga makanan laut tiram atau 'huitres'. Kami beli kupang dan tiram ni di pasar basah di St. Servain untuk hidangan makan malam. Kami makan kedua-duanya sekali! Untuk menikmati tiram, kami terpaksa mengupas kulitnya dulu dengan menggunakan pisau khas. Pisaunya pendek dan turus dihujungnya. Ini kerana kulit keras tiram ini dikatup rapat dengan ototnya. Itu juga tandanya tiram ni masih segar. Selepas dikupas barulah ianya dihidangkan. Untuk rasanya lebih enak, kenalah letak sedikit jus citron..dan nyap masuk terus ke mulut. Hmm sedapnya tak terkata. Bagi moules, pulak ianya kenalah dimasak terlebih dahulu. Lebih sedap jika dimakan dengan kentang goreng. Tapi dek kerana kepenatan, kami makan dengan roti Perancis sahaja.
No comments:
Post a Comment