Monday, April 16, 2012

BATUK lagi!!

Setelah sekian lama, tak batuk..Adam batuk sekali lagi. Kali terakhir Adam batuk teruk ialah sekitar Ogos 2009. Alkisahnya ialah sebab aktiviti berenang di sekolah selama 2 jam! Saya sendiri mengingatkan Adam, kalau berendam lama-lama dalam air tak elok. Betul jangkaan saya sebagai seorang ibu. Balik dari sekolah, keesokannya beliau batuk. Batuk..batuk ..batuk ... Seisi rumah komplennnn sebab tak tahan dengan bunyi batukkkk!!. Lebih parah lagi..bila Adam terbatuk di muka adiknya PW!! apa lagi melentinglah si adik ni.... Cami pun bising jugak..siap cakap ..tolong la tutup mulut dengan tangan kalau nak batuk.. Saya pun bising juga... Papa pulak bertanya..Adam batuk???
Apakah rawatannya?

Sekarang ni, saya tidak lagi membawa mereka ke klinik kalau mereka batuk dan demam. Sebenarnya mereka dah tak demam demam lagi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kalau ade pun sekali dua sahaja..itu pun satu dua malam aje. Saya dan suami pernah bersembang pasal kesihatan anak yang bertambah baik. Tidak lagi seperti dulu..di mana kami kerap membawa mereka ke klinik. Sistem Imuniti badan mereka semakin baik semenjak saya memberi Lingzhi keluaran Shuang Hor kepada mereka. Kami seisi keluarga makan Lingzhi Shuang Hor dari Taiwan ini. Kebaikannya ...nanti saya kongsikan apabila saya mempunyai masa lapang.

Berbalik kepada Adam tadi, saya menyuruh beliau makan 20 tablet Jia Hor Nutri Health Tablets, iaitu campuran Lingzhi gred 2 (50%) + Pollen (50%). Nak suruh dia telan 20 tablet ini sekali gus..punyalah susahnye!! Adam tak ade masalah menelan, tapi malas nak makan. Apa lagi..membebel lah saya.... Akhirnya Adam ambil 10 tablet sahaja. Katanya 10 tablet lagi...sebelum tidur! Waduh..waduh....budak ni le... Dalam waktu yang sama saya suruh juga PW dan Cami ambil 20 tablet seorang. Sekelip mata saja mereka habiskan 20 tablet tu. Tak de masalah dan tak de soalan pun. Mereka berdua akur dengan arahan saya. Alhamdulillah. Masalah sekarang ialah anak yang sulung ni. Adam. Nak dijadikan cerita, Adam terlupa makan 10 tablet terakhir tadi. Itu satu hal... bila suami pulang, ternampak aje Lingzhi, beliau terus makan habis!! Esoknya saya membebel lagi kat Adam sebab tak makan habis 10 tablet tu... Sekarang saya terpaksa pergi beli lagi Lingzhi sebab batuknya tidak berkurangan. Kali ini saya beli Yung Kien Ganoderma atau YK1 iaitu Lingzhi Gred 1  !!! Ha....yang ni lagi mahal dan lagi tinggi kandungan triterpenes nya (lagi berkualiti). Tang tang tu jugak..kat tempat saya membelinya, saya suruh dia makan. Berapa kapsul? Saya suruh Adam ambil 40 kapsul terus!! Sekali lagi..Adam tawar menawar dengan mamanya. Dia nak makan 30 kapsul aje.. Baiklah, saya akur. Dan 10 lagi , beliau habiskan di rumah.Hasilnya...batuk berkurangan pada keesokan harinya. Hari berikutnya lagi...nampak semakin baik. Malam malam pulak dah tak kedengaran batuknya ketika tidur. Dan hari ni..saya tak dengar pun lagi batuk batuk tu sewaktu menghantar mereka ke sekolah pagi tadi. Alhamdulillah. Sesiapa yang membaca blog ni, makan lah Lingzhi kalau anda batuk. Dari pemerhatian saya, dalam masa 2 -3 hari, redalah batuk tu. Lingzhi keluaran Shuang Hor ni selamat dimakan dan sudahpun diuji ke atas haiwan dan secara klinikal. InsyaAllah.




1 comment:

Mazdida said...

Terima kasih armouris. Nanti saya baca.