Saturday, March 17, 2012

Anak-anak sudah besar!!

Uhhh..tanpa kusedari, anak-anakku sudah besar rupanya. Mana taknya, masak satu ekor ayam pun tak cukup rupa - rupanya.....Bila membeli belah, saya dah terbiasa beli satu ekor ayam untuk sekeluarga. Kebiasaan itu adalah kebiasaan. Tetapi kesedaran ..akhirnya akan mengakhiri kebiasaan itu apabila kita mendapat *kejutan*. Hari ni saya masak nasi ayam untuk makan tengahari. Nasi tak de masalah. Yang menjadi masalahnya ialah kuantiti ayam ...satu ekor tak cukupppp untuk 3 lelaki kat dalam rumah ni dan CW yang tengah berselera makan. Bila ayam tu dah masak, saya termenung sekejap.. Cukup ke ni???

Selepas ni saya akan ingat....dan ingat dan ingat.......beli 2 ekor ayam terus untuk sekeluarga.... :)

No comments: