Tuesday, March 6, 2012

Mendaki Bukit Broga Kali Kedua

Ahad yang lepas, sekali lagi kami mendaki Bukit Broga. Anak-anak nampaknya penuh dengan keyakinan mendaki bukit ini. Untuk mendaki bukit ni tak lah susah sangat, apatah lagi bagi anak muda. Terdapat bahagian yang kita boleh nampak gaung dan memang serau..darah dibuatnya. Tapi cara nak elak darah serau, jangan tengok lama-lama gaung tu. Apabila nak sampai ke puncak pulak, kami terpaksa mendaki bahagian yang curam. Tapi, oleh kerana, tempat ini ramai yang mendaki, jadi adalah pendaki yang baik hati yang buat lekuk-lekuk kat bukit tu untuk memudahkan pendakian. Terimakasih banyak banyak kat depa ni.... :)






No comments: