Thursday, April 26, 2012

Sembelit - Amaran Bagi Kesihatan Kita

Salam Pembaca Budiman,
Dah pergi buang *a.. b....* ke belum? He..he.. he.. mintak maaf lah ..pembuka bicara yang tak sedap didengar..
Bukan apa, kalau lah kita sembelit, kita juga yang akan susah nanti. Bukan kita saja, ahli-ahli keluarga yang lain pun turut mengalami kesusahan itu nanti seperti susah hati, susah nak pergi kerja dan sebagainya. Jadi, setiap orang, mestilah menjaga kesihatan diri dengan baik. Ha..tu dia.. dah siap berleter dah...ni gara gara Adam batuk minggu lepas. Sekarang dah baik dah..masalah mulut berbau bila dia bercakap (akibat sembelit) pun dah selesai. Tapi sekali sekala nak kena ingatkan juga kat dia tu untuk pi buang air besar setiap har.
Mari kita berkongsi cerita pasal SEMBELIT ni. Kalau kita sembelit...itu merupakan satu AMARAN!! Maknanya tak lama lagi badan kita akan MENJERIT!!!! Ha...maknanya PENYAKIT akan tiba.

APA SEBENARNYA KISAH SEMBELIT NI?

1. Bermula dengan makanan yang masuk ke mulut, ianya akan melalui perut. Kemudian?

2. Lepas tu, makanan ini akan dicerna dan diserap oleh usus kecil. Makanan yang tidak dicerna pulak (iaitu makanan yang tidak diperlukan oleh badan) pergi ke mana?
3. Sisa makanan yang belum dicerna akan ditinggalkan di dalam usus besar. Bakteria dalam usus akan menguraikan bahan-bahan ini menjadi toksin dan keluar sebagai najis. Itulah proses semulajadi yang Allah taala berikan kepada tubuh badan kita.

4. Masalahnya ialah jika kita tak boleh buang air besar atau SEMBELIT!!! Apa akan terjadi?
 Jawapannya: TOKSIN tadi akan DISERAP semula. Sepatutnya dibuang bersama-sama najis.
Akhirnya, tisu-tisu organ akan terganggu lalu menyebabkan PENYAKIT!

Ha...tu yang dapat batuk batuk tadi tu, sebab toksin telah mengganggu badan kita dan melemahkan sistem imuniti badan. Oleh itu, pembaca budiman, rakan-rakan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan anak-anak sekalian...pergilah buang air besar SETIAP HARI. Kalau tak nanti penyakit akan timbul....















No comments: