Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009!

Tinggal lebih kurang 1 jam 30 minit saja lagi, tahun 2010 akan menjelma. Selamat tinggal 2009 dan Selamat Datang 2010. Semoga tahun baru ini akan memberikan lebih kegembiraan, keimanan dan kesihatan.
Anak-anak masih belum tidur lagi kerana ..bukannya menanti menjelang 12 tengah malam, tetapi menunggu tibanya gerhana bulan separa pada jam 1.17 pagi! Apa-apalah...esok pun cuti.

Tuesday, December 29, 2009

KBS World


Antara (di antaranya..yang lain tu rahsia, He..he..) perkara baru yang saya dapat tahun 2009......

Sejak akhir-akhir ni seronok pulak menonton tv saluran KBS World (Korea). Apa yang dipertontonkan memang menghiburkan dan tak kurang juga membuka minda. Contohnya; gerak-geri mereka yang pernuh hormat, sopan santun, pakaian kemas, fesyen rambut yang bersesuaian, kasih sayang, kekeluargaan, tutur kata yang lembut, profesional, moden, keilmuan, pendidikan, nasihat dan lain-lain. Antara yang sempat saya tonton ialah drama, dokumentari, Muzik dan Comedy. Berikut pula adalah antara program yang saya ikuti:
Open Concert
Two nights and one day
Terms Endearment
Taming of the heir
dll.

Drama korea pertama yang saya tonton ialah lebih kurang 10 tahun yang lepas. Memang Best. Tapi masa tu tak ada saluran KBS world. Sekarang dah ada!

Sunday, December 27, 2009

Awak ambil gambar saya, Saya ambil gambar awak

Awak ambil gambar saya, Saya ambil gambar awak!

Teringat pulak nak letak gambar ni. Gambar ini dirakam sewaktu jamuan Hari Raya yang lepas. Dalam sibuk saya merakam gambar suasana, tiba-tiba adik kecil ni merakam gambar saya. Saya pun turut merakam gambar beliau. Seronok tengok gelagat beliau yang spontan..

Thursday, December 24, 2009

Moral dan Etika

Saya rasa tak perlu diperlanjutkan lagi apa yang berlaku di penghujung 2009 di negara kita. Pertama, kehilangan dua enjin pesawat F-5E dan keduanya ialah kehadiran YB di Parlimen bagi pengundian bajet 2010.

Menyedihkan.

Bagi saya apa yang penting di sini ialah moral dan etika.

Fikir-fikirkan lah!

Saturday, December 12, 2009

Disember 2009

Pejam celik pejam celik, tahun 2009 dah pun sampai ke penghujungnya. Anak-anak pun pelan membesar. Adam dah sama tinggi dengan saya dan akan bertambah tinggi. PW pulak nampaknya membesar ke hadapan! Papa memanggilnya potato manakala nenek pula menggelarnya pumpkin. He..he.. Cami juga bertambah besar. Semua baju bertambah kecil..dengan cepatnya. Beliau sekarang berusaha keras di dalam pelajarannya. Tidak lagi seperti tahun lepas, di mana beliau agak ketinggalan berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Saya pulak, bertambah matang, begitu juga dengan suami.


Tak lupa juga...bilangan kucing kat rumah ni pun turut bertambah..ada 4 semuanya..


Akhir sekali, Selamat Berhari Minggu!



Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Haji

Selamat Menyambut Hari Raya Haji kepada semua pembaca blog yang beragama Islam. Juga diucapkan kepada semua bakal haji, selamat menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur. Amin.
P/S: Hmm ..rendang ayam kat dapur dah pun siap dimasak...Harum semerbak baunya...

Saturday, November 14, 2009

Waktu Aman /Tranquille hour



Aha..ini ialah waktu aman/senyap (kalau macam ni selalu kan bagus! )
Aman….sepi….otak pun rasa lega..

Friday, November 13, 2009

Selamat Tinggal Basikal Kecil


Cami merengek sebab basikal kecilnya rosak. Rantai basikalnya dah putus, manakala pemegangnya pulak dah longgar dan hampir tercabut. Bila diteliti, memang agak merbahaya. Silap hari bulan boleh tertanggal terus. Beliau meminta abang-abangnya agar dapat meminjamkan basikal mereka kepadanya. Kesian!..Permintaan Cami tidak dilayan oleh abang-abangnya. Mana mungkin abang-abangnya memberi pinjam kepada si adik kerana mereka pun hendak menggunakannya. Cami merengek dan mengadu pula kepada Papanya. “Ya..ya..nanti Papa belikan yang baru”, janji Papanya. Janji Papa membuat Cami berhenti merengek lalu meneruskan halnya.

Di suatu hari ....hari minggu, Papa Cami pun menunaikan janjinya! Jeng..jeng..jeng.....


Nah tu dia...basikal besar buat Cami!!!



Dari sekecil-kecil basikal terus ke basikal besar! Tak sangka pula suamiku membeli sebesar itu untuk anak perempuannya. Pada fikiranku, mestilah basikal yang bersaiz sederhana yang dibelikan dahulu, berpadanan dengan umurnya. Tapi Cami tak membantah, malahan berterimakasih kepada Papanya. Cami sangat gembira dengan basikal barunya. Walau pun besar, Cami dapat menaikinya ..memecut bersama abang-abangnya.

Apa-apa pun, terimakasih basikal kecil. Jasamu tetap dikenang dan Selamat Tinggal!

Sunday, November 8, 2009

Endless Love

Sekadar hiburan di hari minggu. Berhiburlah...
Luther Vandross (Duet with Mariah Carey)

Friday, October 30, 2009

Jemput-jemput ikan bilis

Jemput-jemput ikan bilis yang dimasak oleh Adam


Petang ini Adam masak jemput-jemput ikan bilis untuk minum petang. Minggu ini anak-anak tak bersekolah sebab cuti sekolah selama seminggu. Pada mulanya saya yang hendak masak. Bawang besar pun dah siap di potong dadu. Tiba-tiba Adam datang ke dapur nak tengok apa maknya buat. Apa lagi, dia meminta untuk membuat semdiri jemput-jemput ikan bilis. Baiklah ..tak de masalah. Jadi saya pun duduk didapur sambil menulis blog ini. Cami datang mengacau abangnya..nak tolong masak. Mereka berdua membancuh tepung bersama-sama...tapi bila masuk bab menggoreng..kedengaran suara Adam memarahi adiknya Cami. Rupa-rupanya..Cami pun nak menggoreng sama. Tak boleh! Sebab Cami kecil lagi..Cami pun mengundur...pergi kacau abang yang sorang lagi pulak. Emm sedapnya bau ...
Jemput-jemput ikan bilis ni memang kegemaran saya. Masa kecik-kecik dulu mak selalu masak untuk minum petang. Kadang-kadang untuk sarapan, kadang-kadang tu untuk makan malam jugak. Cicahnya dengan sos tomato atau sos cili. Kena pulak dengan air kopi-O. Wah memang sedap!!
Bercakap tentang kopi pulak, selalunya serbuk kopi tu Mak beli di pasar besar Ipoh dari peniaga kopi. Kat situ, biji kopi dikisar terus samada halus atau kasar. Ada beberapa jenis biji kopi kat situ yang disimpan dalam balang yang sangat besar. Biji kopi tu pulak ada pelbagai jenis dan gred. Saya tak pastilah pulak jenis dan grednya, sebab masa tu masih bersekolah. Tak ambil pusing la pulak jenis kopi. Janji boleh minum. Tapi, rasanya memang enak, ada kelas dan umphh...Macam iklan pulak.
Dibawah adalah resepi jemput-jemput ikan bilis:
Tepung gandum (ikut suka nak banyak mana)-diayak
Bawang besar (1 atau 2 labu)
Ikan bilis
Air
Lada hitam

Kesemua ramuan diatas dicampur dan diramas sehingga sebati. Adunan mestilah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Ini boleh dilakukan dengan amaun air yang ditambah. Maknanya kalau adunan itu pekat, maka tambahlah sedikit air.
Kemudian biarkan adunan sebentar dalam 10 minit, barulah digoreng. Ambil adunan dalam satu sudu besar (atau sejemput) lalu digoreng ke dalam minyak yang sederhana panas. Goreng sehingga warnanya menjadi keperangan. Angkat dan toskan. Kemudian bolehlah dihidang untuk dimakan bersama keluarga tercinta.

Saturday, October 24, 2009

Les Gosses
















Sambungan cerita pergi ke Taman..

Sebenarnya .sebelum ke Taman Burung, kami sempat lagi ke Taman Kijang! Tapi saya tak larat nak berjalan lagi sebab cuaca agak panas! Jadi, bebudak sahajalah dengan papanya masuk ke Taman Kijang.





Taman Burung Tasik Perdana


Selepas puas bermain di Taman kami diminta untuk dibawa ke Taman Burung pula! Layan ajelah....





































........lolipop ada dalam baju! Sebab takut kena burung ambil nanti......
























































Taman Tasik Perdana

Selepas bersarapan di Jalan Cenderawasih, anak-anak meminta untuk dibawa ke taman. Kami pun menuju ke Taman Tasik Perdana. Berikut adalah gambar yang dirakamkan.





Dan lagi























































Nasi Lemak Panas di Jalan Cenderawasih

Dua minggu yang lepas, kami sekeluarga keluar menikmati sarapan pagi di Jalan Cenderawasih, KL. Lokasi ini adalah bersebelahan dengan Masjid Negara KL. Tujuan asal adalah untuk menikmati nasi lemak sahaja. Itulah kali pertama kami bersarapan di sana. Dengar cerita, nasi lemaknya hebat, sehingga terpaksa beratur. Hmm..memang betul, kami semua terpaksa beratur untuk membeli nasi lemak. Keenakkannya ..hmm boleh tahan. Lain kali boleh datang lagi. Kami membeli nasi lemak biasa sahaja iaitu kacang tanah, timun dan telur serta sambal ikan bilis. Ada juga lauk lain seperti ayam, bergedil, limpa dan sotong.

Saturday, October 17, 2009

Kerjasama Perancis-Malaysia

Negara Malaysia mempunyai kerjasama dengan dengan negara Perancis (France). Antaranya adalah di dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Baru-baru ini Kerajaan Perancis memberi lampu hijau kepada Syarikat Penerbangan Air Asia untuk mengembangkan sayapnya di sana. Tahniah buat Datuk Fernandez!

Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam Majalah Le Figaro

Sewaktu berkunjung ke France, ibu mertua saya membeli majalah Le Figaro untuk pembacaan beliau. Kebetulan...Tun Dr. Mahathir adalah bahan artikel untuk keluaran majalah pada bulan tersebut. Antara soalan yang ditanya kepada beliau ialah kenapa beliau menyukai France.

Sunday, October 11, 2009

Adam suka mencuba resepi...




Sebenarnya Adam memang gemar memasak. Banyak resepi yang telah beliau cuba dan semuanya menjadi! Sedap dimakan! Gambar di atas adalah cubaan beliau bagi resepi Puding Rich Choc yang saya temui di internet. Pantang nampak apa saja resepi yang beliau berkenan, beliau akan meminta saya membeli bahan-bahan untuk dicuba..
Saya hanya tumpang sekaki..

Tuesday, September 29, 2009

Sampul Duit Raya

Pertama sekali saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Setiap kali Hari Raya, mestilah anak-anak yang paling gembira kerana dapat berkumpul dengan sanak-saudara, menikmati juadah Hari Raya dan yang paling penting sekali ialah DUIT RAYA! Maklumlah setelah sebulan berpuasa..apatah lagi anak - anak yang baru hendak berlatih berpuasa. Alhamdulillah, tahun ini kami sekeluarga dapat berpuasa bersama-sama kerana si kecil sudah mahu belajar berpuasa. Tahniah buat kalian semua! Dan marilah sama-sama kita menuju kejayaan!
Gambar di bawah ini adalah salah satu sampul duit raya yang diterima oleh anak-anak. Saya tertarik dengannya kerana ianya adalah sampul dari satu-satunya syarikat keretapi nasional iaitu KERTAPI TANAH MELAYU atau KTM.


Bahagian hadapan sampul





Bahagian belakang sampul








Sunday, September 27, 2009

Cameron Highlands



Video yang sempat dirakamkan ketika sedang menikmati teh di Cameron Highland. Cuaca segar dan badan pun terasa segar.

Celoteh

Mama: Main...main..main...Pergi le mandi..dah pukul enam ni!
Cami: Tak nak. Mama..you know.... children like to play!

@#!$%....jawapan bijak!

Sunday, September 13, 2009

Langit di dalam Bulan Ramadhan









Di atas adalah gambar-gambar langit yang sempat dirakamkan di dalam bulan Ramadhan. Rakaman ini diambil dari halaman depan rumah saya pada awal pagi.

Saturday, September 12, 2009

Kak Prema@Sinar FM-sembang pagi

Bersempena dengan Hari Radio Sedunia yang jatuh pada 09.09.09, stesen radio Sinar FM-sembang pagi telah menjemput Kak Prema sebagai tetamu jemputan mereka! Yes!! Rindunya aku mendengar celoteh Kak Prema!
Kak Prema adalah bekas penyampai radio di Stesen Radio KL (sekarang ni RMKL-kalau tak silap). Beliau adalah seorang wanita berbangsa India yang fasih berbahasa Melayu. Kak Prema mengingatkan aku sewaktu berada di KL demi melanjutkan pelajaran. Celotehnya menghiburkan. Semuanya tersemat diingatanku. Susah nak digambarkan melalui tulisan ini.
Setelah beberapa tahun jarang mendengar radio, aku mencari-cari frekuensi siaran radio KL. “Ala..mana Kak Prema ni? Lama tak dengar suara..” Rupa-rupanya, beliau telah bersara!
Bagi aku, Kak Prema adalah ikon 1 Malaysia yang dicadangkan oleh Perdana Menteri kita sekarang ini.
Akhir kata; “Selamat Bersara Kak Prema. Semoga Kak Prema sihat sejahtera sentiasa dan ceria-ceria selalu”.

http://www.youtube.com/watch?v=-g4Q45xzr44

http://www.youtube.com/watch?v=nJhGyExuMzk

Friday, August 28, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52

Tinggal dua hari sahaja lagi Rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52. Walaupun tahun ini sambutannya kurang meriah berbanding dengan tahun-tahun yang lalu kerana wabak H1N1, namun semangat patriotik setiap individu haruslah tetap tinggi.

Salam Ramadhan

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita dapat menjalani ibadah dengan aman dan sentosa...Amin.

Wednesday, August 12, 2009

H1N1: Tingkatkan sistem imuniti anda

Ini adalah sekadar untuk dikongsi bersama bagi sesiapa yang membacanya. Sekarang ini dunia dilanda wabak penyakit yang menular dengan pantasnya, iaitu H1N1. Saya sendiri menjadi panik apabila anak sulung, Adam menghidapi batuk. Anak-anak saya jarang batuk sebenarnya walaupun diberi makan aiskrim atau minum susu sejuk dari peti ais. Langkah yang saya ambil ialah memberi beliau kopi yang bercampur dengan lingzhi. Alhamdulillah, selepas empat hari, batuknya reda.
Tetapi, keesokannya pula, batuk ini menular pula kepada anak-anak saya yang kedua (PW) dan ketiga (Cami). Batuk mereka tak henti-henti..Yang paling teruk ialah anak ketiga, Cami. Saya dapat rasakan betapa seksanya batuk mereka itu. Cami demam, tapi untuk satu malam sahaja. Pada waktu malam, PW dan Cami tidak dapat tidur lena dan asyik terjaga malam. Saya sendiri kadang-kadang terasa seperti sukar bernafas. Cami menangis sebab tidak tahan batuk. Antara langkah yang saya ambil ketika itu ialah menyapu minyak habbatus sauda di kaki mereka sebelum tidur. Pelik, ketika saya menyapu minyak di tapak kaki mereka, batuk terus hilang. Tetapi apabila saya berhenti, batuk ...kembali. Seminggu berlalu...Saya membeli ubat batuk di kedai berdekatan. Pun...tidak berkesan. Wah ..teruk ni. Cami dapat melelapkan mata hanya pada pukul 12 tengah malam dan terjaga pada pukul 3.00 pagi! Beliau muntah!! Saya panik...namun masih dapat mengawal emosi. Suami saya.. “cool”. Cami tak dapat tidur sehinggalah ke pukul 5.00 pagi. Kami bersembang..sebab tak dapat melelapkan mata.
Akhirnya saya membawa mereka berjumpa dengan doktor di Bangsar. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya memberi topeng muka kepada mereka. Kami terpaksa menunggu lama..sambil itu saya sendiri agak cemas..adakah mereka dijangkiti H1N1? Giliran kami pun tiba. Seperti biasa doktor membuat pemeriksaan. Semuanya ok...Fuhh..lega..Cuma di fikiran saya, bagaimana doktor menyatakan tiada jangkitan H1Ni sedangkan beliau tidak mengambil sampel darah?
Tanpa mengharapkan sangat ubat doktor, saya memberi madu lebah kepada anak-anak. Madu lebah bercampur lingzhi. Bukannya mudah, kerana Cami tak pandai menelan kapsul lingzhi seperti abang-abangnya. Jadi terpaksalah saya membuka kapsul, ambil serbuknya dan dicampurkan dengan madu. Rasa lingzhi adalah sangat pahit! Dengan menggunakan psikologi, saya menyuap madu dan lingzhi ke mulut Cami. Takde masalah bagi PW dan Adam. Madu sememangnya tertulis di dalam Al-Quran yang baik untuk tubuh badan umat manusia. Lingzhi pula adalah sejenis cendawan yang banyak khasiatnya dan memang mahal. Di negara China, gingseng dan lingzhi adalah makanan kesihatan nombor satu dan sangat mahal.
Selang dua hari batuk pun reda dan Alhamdulillah sekarang dah hilang sama sekali. Walaupun begitu saya tidak berhenti daripada memberi madu lebah dan lingzhi kepada mereka bagi meningkatkan imuniti badan. Apa yang penting sekarang ini adalah sistem imuniti badan yang baik supaya badan dapat menangkis segala jenis serangan virus yang tidak disukai oleh tubuh badan manusia.
Teringat kata-kata kawan saya; “Sekarang ini, makanlah apa yang tertulis dalam Al-Quran seperti madu, kurma, buah tin..”

Monday, August 10, 2009

Permainan Kanak-Kanak Zaman Sekarang

Bakugan
Warcraft
GameBoy
Internet Game


Aha...jika dibiarkan akan menjadi satu ketagihan.....
Cukup la tu.. ya anak-anakku...

Lumut: Taman Paya Bakau

Terletak tidak jauh dari Bandar Lumut, beberapa minit sahaja dari Bandar Lumut menuju ke Ipoh, saya dan keluarga menyinggah ke Taman Paya Bakau, untuk menikmati udara petang. Melalui pintu masuk ke paya bakau, kami disambut oleh sekumpulan monyet yang memantau kemasukan kami ke kawasan mereka. Kebetulan anak saya, Adam yang sedang memegang botol minuman air mineral, diterjah oleh seekor monyet. Monyet itu melompat ke bahu Adam lalu meragut botol minuman berkenaan. Anak – anak menjerit terkejut dan mujurlah tidak ada kecederaan. Monyet itu kemudiannya, lari memanjat pokok lalu menggigit botol untuk mendapatkan air. Lucu pulak rasanya...sayang sekali, terlupa nak bawak kamera.
Kami meneruskan perjalanan kami di atas jambatan yang khas dibina untuk menikmati pemandangan paya bakau. Suatu pemandangan yang menarik, penuh dengan paya bakau, akar-akar yang besar dan udara yang segar. Saya dapati seorang pengunjung India sedang cuba menangguk ketam. Hmm seronoknya kalau dapat tangkap ketam..Kalau bernasib baik, pengunjung boleh juga melihat burung Raja Udang (King Fisher). Terdapat juga disitu tempat duduk untuk pengunjung beristirehat sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Kami berjalan sehinggalah ke penghujungnya iaitu sungai. Nama sungai nya saya kurang pasti...tapi kalau tak silap hulu sungai adalah dari Kuala Sepetang? Alahai..tak ingat pulak..kena tengok peta nanti....
Harap-harap dapat mengunjungi taman ini lagi dengan mengambil gambar-gambar yang menarik.

Ipoh: Pemanduan Berhemah

Bandaraya Ipoh, tempatnya aman, bersih dan harmoni. Tiada kesesakan jalanraya yang teruk seperti Kuala Lumpur. Bayangkan pagi Isnin, keluar sahaja dari rumah saya dapat memandu dengan tenangnya ke kedai tayar untuk penyelarasan tayar yang terletak di Jalan Kampar, Ipoh. Saya tidak menghadapi kesesakan yang melampau seperti mana di Kuala Lumpur. Saya tidak perlu berbaris panjang diatas jalan raya dan tidak tertekan ketika memandu. Semua pemandu di sini memandu dengan penuh berhemah dan tertib. Terasa sangat perbezaannya!

Wednesday, August 5, 2009

KLCC: Taman KLCC

Kalau bosan untuk membeli-belah di KLCC, anda juga boleh mengambil angin di luar bangunan KLCC iaitu di Taman KLCC. Terdapat taman kanak-kanak, padang kehijauan yang bersih untuk duduk berehat sambil mengambil gambar, dan tidak ketinggalan kolam renang yang cetek untuk anak-anak anda bermandi-manda. Orang dewasa pun boleh merendam kaki sekadar untuk menyegarkan kaki. Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan.










Airnya segar, sejuk dan boleh diminum atau membersihkan muka.