Monday, August 10, 2009

Lumut: Taman Paya Bakau

Terletak tidak jauh dari Bandar Lumut, beberapa minit sahaja dari Bandar Lumut menuju ke Ipoh, saya dan keluarga menyinggah ke Taman Paya Bakau, untuk menikmati udara petang. Melalui pintu masuk ke paya bakau, kami disambut oleh sekumpulan monyet yang memantau kemasukan kami ke kawasan mereka. Kebetulan anak saya, Adam yang sedang memegang botol minuman air mineral, diterjah oleh seekor monyet. Monyet itu melompat ke bahu Adam lalu meragut botol minuman berkenaan. Anak – anak menjerit terkejut dan mujurlah tidak ada kecederaan. Monyet itu kemudiannya, lari memanjat pokok lalu menggigit botol untuk mendapatkan air. Lucu pulak rasanya...sayang sekali, terlupa nak bawak kamera.
Kami meneruskan perjalanan kami di atas jambatan yang khas dibina untuk menikmati pemandangan paya bakau. Suatu pemandangan yang menarik, penuh dengan paya bakau, akar-akar yang besar dan udara yang segar. Saya dapati seorang pengunjung India sedang cuba menangguk ketam. Hmm seronoknya kalau dapat tangkap ketam..Kalau bernasib baik, pengunjung boleh juga melihat burung Raja Udang (King Fisher). Terdapat juga disitu tempat duduk untuk pengunjung beristirehat sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Kami berjalan sehinggalah ke penghujungnya iaitu sungai. Nama sungai nya saya kurang pasti...tapi kalau tak silap hulu sungai adalah dari Kuala Sepetang? Alahai..tak ingat pulak..kena tengok peta nanti....
Harap-harap dapat mengunjungi taman ini lagi dengan mengambil gambar-gambar yang menarik.

No comments: