Wednesday, August 12, 2009

H1N1: Tingkatkan sistem imuniti anda

Ini adalah sekadar untuk dikongsi bersama bagi sesiapa yang membacanya. Sekarang ini dunia dilanda wabak penyakit yang menular dengan pantasnya, iaitu H1N1. Saya sendiri menjadi panik apabila anak sulung, Adam menghidapi batuk. Anak-anak saya jarang batuk sebenarnya walaupun diberi makan aiskrim atau minum susu sejuk dari peti ais. Langkah yang saya ambil ialah memberi beliau kopi yang bercampur dengan lingzhi. Alhamdulillah, selepas empat hari, batuknya reda.
Tetapi, keesokannya pula, batuk ini menular pula kepada anak-anak saya yang kedua (PW) dan ketiga (Cami). Batuk mereka tak henti-henti..Yang paling teruk ialah anak ketiga, Cami. Saya dapat rasakan betapa seksanya batuk mereka itu. Cami demam, tapi untuk satu malam sahaja. Pada waktu malam, PW dan Cami tidak dapat tidur lena dan asyik terjaga malam. Saya sendiri kadang-kadang terasa seperti sukar bernafas. Cami menangis sebab tidak tahan batuk. Antara langkah yang saya ambil ketika itu ialah menyapu minyak habbatus sauda di kaki mereka sebelum tidur. Pelik, ketika saya menyapu minyak di tapak kaki mereka, batuk terus hilang. Tetapi apabila saya berhenti, batuk ...kembali. Seminggu berlalu...Saya membeli ubat batuk di kedai berdekatan. Pun...tidak berkesan. Wah ..teruk ni. Cami dapat melelapkan mata hanya pada pukul 12 tengah malam dan terjaga pada pukul 3.00 pagi! Beliau muntah!! Saya panik...namun masih dapat mengawal emosi. Suami saya.. “cool”. Cami tak dapat tidur sehinggalah ke pukul 5.00 pagi. Kami bersembang..sebab tak dapat melelapkan mata.
Akhirnya saya membawa mereka berjumpa dengan doktor di Bangsar. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya memberi topeng muka kepada mereka. Kami terpaksa menunggu lama..sambil itu saya sendiri agak cemas..adakah mereka dijangkiti H1N1? Giliran kami pun tiba. Seperti biasa doktor membuat pemeriksaan. Semuanya ok...Fuhh..lega..Cuma di fikiran saya, bagaimana doktor menyatakan tiada jangkitan H1Ni sedangkan beliau tidak mengambil sampel darah?
Tanpa mengharapkan sangat ubat doktor, saya memberi madu lebah kepada anak-anak. Madu lebah bercampur lingzhi. Bukannya mudah, kerana Cami tak pandai menelan kapsul lingzhi seperti abang-abangnya. Jadi terpaksalah saya membuka kapsul, ambil serbuknya dan dicampurkan dengan madu. Rasa lingzhi adalah sangat pahit! Dengan menggunakan psikologi, saya menyuap madu dan lingzhi ke mulut Cami. Takde masalah bagi PW dan Adam. Madu sememangnya tertulis di dalam Al-Quran yang baik untuk tubuh badan umat manusia. Lingzhi pula adalah sejenis cendawan yang banyak khasiatnya dan memang mahal. Di negara China, gingseng dan lingzhi adalah makanan kesihatan nombor satu dan sangat mahal.
Selang dua hari batuk pun reda dan Alhamdulillah sekarang dah hilang sama sekali. Walaupun begitu saya tidak berhenti daripada memberi madu lebah dan lingzhi kepada mereka bagi meningkatkan imuniti badan. Apa yang penting sekarang ini adalah sistem imuniti badan yang baik supaya badan dapat menangkis segala jenis serangan virus yang tidak disukai oleh tubuh badan manusia.
Teringat kata-kata kawan saya; “Sekarang ini, makanlah apa yang tertulis dalam Al-Quran seperti madu, kurma, buah tin..”

No comments: