Cami merengek sebab basikal kecilnya rosak. Rantai basikalnya dah putus, manakala pemegangnya pulak dah longgar dan hampir tercabut. Bila diteliti, memang agak merbahaya. Silap hari bulan boleh tertanggal terus. Beliau meminta abang-abangnya agar dapat meminjamkan basikal mereka kepadanya. Kesian!..Permintaan Cami tidak dilayan oleh abang-abangnya. Mana mungkin abang-abangnya memberi pinjam kepada si adik kerana mereka pun hendak menggunakannya. Cami merengek dan mengadu pula kepada Papanya. “Ya..ya..nanti Papa belikan yang baru”, janji Papanya. Janji Papa membuat Cami berhenti merengek lalu meneruskan halnya.
Di suatu hari ....hari minggu, Papa Cami pun menunaikan janjinya! Jeng..jeng..jeng.....
Nah tu dia...basikal besar buat Cami!!!
Dari sekecil-kecil basikal terus ke basikal besar! Tak sangka pula suamiku membeli sebesar itu untuk anak perempuannya. Pada fikiranku, mestilah basikal yang bersaiz sederhana yang dibelikan dahulu, berpadanan dengan umurnya. Tapi Cami tak membantah, malahan berterimakasih kepada Papanya. Cami sangat gembira dengan basikal barunya. Walau pun besar, Cami dapat menaikinya ..memecut bersama abang-abangnya.
Apa-apa pun, terimakasih basikal kecil. Jasamu tetap dikenang dan Selamat Tinggal!
No comments:
Post a Comment