I was amazed, truly amazed by the performance of Ali in a KBS programme which aired in Malaysia last Saturday afternoon. Wow...very fantastic and excellent. I really love her performance on that day. Her voice was very powerful and strong. The way she acted on the stage was really touching. Even though I don't understand Korean, the song that she sang did move my heart. Every second ..was WOW! I think, it's not only me..she has managed to get fully attention from the audience as well. Congratulaions Ali! You are a great performer..
Wednesday, October 26, 2011
Tuesday, October 25, 2011
Jatuh Sakit
Aduhh!! Dah lama saya tidak jatuh sakit..Tiba-tiba, Ahad lepas saya mengalami demam panas yang tinggi. Kepala, sebelah bahagian sahaja, sakit nye teramat-amat lah sangat....pada jam 2 pagi. Kiranya dah masuk hari Isnin lah. Saya tidak mengambil sebarang ubat seperti panadol, walau pun suami bergegas untuk mencari panadol di luar sana. Saya melarang beliau kerana walau pun panadol tu ade di depan mata nanti, saya tak akan mengambilnya. Sebaliknya saya mengambil Ling Zhi, yang memang sentiasa ada di rumah. Alhamdulillah badan saya kembali pulih pada keesokan pagi...cuma lemah sedikit sebab selsema. Saya terus mengambil Ling Zhi...nampaknya hari ni beransur-ansur pulih. Waduhhh saya sebenarnye jarang jatuh sakit ......sekali jatuh sakit...Aduhhhh tak tahannya. Kesihatan ...sangatlah penting. Pembaca blog di luar sana...jagalah kesihatan anda sebaik yang mungkin. Jaga diri baik-baik ye...
Saturday, October 15, 2011
Semangat Orang Korea
Tiba-tiba terlintas di fikiran ini, betapa bersemangatnya orang Korea dengan negara mereka. Melalui pengamatan saya ketika berkunjung ke Korea baru-baru ini, mereka ini adalah sangat patriotik. Contohnya, sepanjang penginapan saya di hotel, saya perhatikan 'housekeeper' adalah terdiri daripada orang-orang Korea sendiri. Tidak ada pun pekerja yang diambil dari mana-mana negara miskin. Pada mulanya, saya sangkakan pekerja yang membersihkan bilik itu adalah pekerja asing, tetapi sangkaan saya meleset. Saya berasa janggal ketika itu, kerana telah terbiasa melihat pekerja asing sebagai 'housekeeper' baik di Malaysia mahupun di France. Contoh yang sama juga saya dapati di tandas awam, restoran biasa dan di kedai. Pendek kata, kerja-kerja buruh ini dilakukan oleh orang Korea sendiri. Itu kalau kita lihat dari pandangan tenaga buruh. Kalau dilihat dari segi bahasa pulak, memang mereka menggunakan bahasa dan tulisan Korea sepenuhnya. Mungkin ada la satu dua patah perkataan Inggeris digunakan. Saya sendiri terpaksa menggunakan khidmat pekedai untuk mengetahui kandungan di dalam bungkusan makanan yang ingin saya beli. Saya berpendapat bukan sahaja di Korea, negara-negara seperti Jepun, Taiwan, China juga menggunakan bahasa ibunda mereka sepenuhnya, termasuklah negara Eropah seperti France. Jadi usaha Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu adalah sewajarnya. Masih belum terlambat, dan sama-samalah kita berusaha demi kejayaan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)