Sunday, July 31, 2011

Pantai Lupin, St.-Malo


Adam mencari kerang

paras air dah mula naik

Empat hari yang lepas, kami semua ke pantai Lupin, untuk mencari kerang. Ketika itu paras air adalah sangat rendah. Jadi kami pun mengambil kesempatan ini untuk mencari kerang. Pantai ini mempunyai banyak kerang kerana paras air yang terlalu rendah dan terlindung. Pantai ini umpama teluk kecil. Masuk aje jari ke dalam lubang pasir..mesti cari lubang yang berkeliling 1mm. dah boleh dapat kerang. Kerang ni kami bawak balik ke rumah dan rendamkam semalaman untuk mengeluarkan semua pasir. Keesokkannya, kerang ini direbus dan apalagi ..makanlah. Boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan roti panjang (baguette) yang disapi dengan butter.

paras air sangat rendah


tuan punya bot dah nak mula belayar

Berbalik kepada pantai ni, paras air yang rendah tadi, akan naik dengan pantasnya...macam tsunami. Macam aje. Jadi, kami pun cepat-cepat naik ke darat..kalau tak..tenggelam le. Paras air naik sangat tinggi .. tak boleh cari kerang lagi. Nak buat apa? Berenang lah jawapnya. Anak -anak mengambil kesempatan untuk berenang bersama bapa mereka. Saya juga dapat melihat, bot-bot perahu layar yang terdampar tadi, dah boleh berlayar. Tuan punya bot sememangnya tunggu waktu ni untuk melayarkan bot mereka.

Saturday, July 30, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432

Ramadhan menjelang lagi. Tinggal 1 hari aje lagi. Walaupun suasana nak menyambut Ramadhan berbeza dari Malaysia, tetapi ianya tetap ada. Kalau hari-hari sebelum ni, cuaca mendung, sejuk dan angin kuat, tetapi semenjak semalam lagi, cuaca dah berubah jadi panas!  Tak la panas sampai 40 darjah celcius. Cuma lebih panas daripada hari-hari sebelum ni. Cahaya matahari pun dah mula bersinar-sinar. Buah kurma pun dah ade dijual dah kalau pergi ke kedai Carrefour.
Isnin ni semua umat Islam akan berpuasa. Puasa pertama kali ni nampaknya sekali lagi di Perancis. Tapi bukannya dalam perjalanan pulang seperti sebelum ni. Kalau tak ada aral, kena  puasa seminggu kat sini..InsyaAllah. Lepas tu balik Malaysia. Bagaimana la agaknya berpuasa musim panas kat sini? Di sini, waktu Subuh ialah pada pukul 4.36 pagi. Waktu Maghrib pulak ialah pada pukul 9.54 malam. Apa-apa pun, kita kena pasang niat berpuasa ialah kerana Allah dengan hati yang ikhlas. InsyaAllah, semua dugaan boleh dihadapi!

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan !

Kuching Gemuk!



Inilah kuching gemuk kami di sini. Nama dia ialah Petite! Maksudnya kecil. Tapi anak kuching ni bukannya kecik, tapi gemuk! Gemuk sangat. Sedap dipeluk macam peluk bantal peluk. Kalau kita usap dia, kuching ni akan lentuk sini lentuk sana sebab suka. Satu aje ...kalau dia rimas, dia akan keluarkan kuku tajamnya!! AWas..luka di kulit boleh mencecah sepanjang satu inci...

Thursday, July 21, 2011

Ubi Kentang Saint Malo

Hari ni barulah saya tahu pasal ubi kentang. Rupa-rupanya ada pelbagai jenis ubi kentang di Perancis. Tapi nama-nama jenis ubi kentang, saya tak pasti. Mungkin saya akan kaji kemudian. Kat sini, makanan yang kerap kami makan ialah ubi kentang! Sama ada digoreng, direbus, dilecek dan direbus kemudian dipanaskan atas api dengan mentega. Butter juga adalah suatu kemestian!!! Tapi, ubi kentang Saint-Malo adalah yang paling sedap..yang mana ia tak perlu dimakan dengan mentega! Sedapnya!!

Tuesday, July 19, 2011

Cuaca Tak Menentu


Cuaca kat sini, St. Malo, agak tidak menentu. Dari minggu lepas, hujan, angin kuat dan sejuk setiap hari! Cuaca begini khabarnya akan berterusan sehingga hujung minggu ni! Ahh..kata musim panas. Itulah ketentuan Ilahi. Hanya Dia sahaja yang Maha mengetahui.

Semalam, walau macam mana pun, kami tetap mengambil angin petang sambil berjalan ke Taman berdekatan. Masa tu, sejuk memang sejuk (terlupa bawa jeket pulak tu). Angin kuat dan kadang-kadang hujan.

Saturday, July 16, 2011

Musim Panas 2011




Dah masuk pun musim panas. Tapi kat St. Malo ni cuaca tak menentu. Kadang kala hujan, mendung dan panas. Kalau panas pun, masih terasa kesejukan yang di bawa oleh angin dari utara. Suhunya minima adalah sekitar 15 darjah celcius dan maksima pula sekitar 22 darjah celcius. pulak Kalau cuacanya panas, apa lagi kami pun ke pantai lah! Yang paling gembira mestilah budak-budak.

Thursday, July 14, 2011

Perpustakaan St. Malo, Perancis





penulis di hadapan perpustakaan st. malo
Sudah beberapa kali saya mengunjungi perpustakaan di intra-muros St. Malo. Kalau nak tahu, kat dalam perpustakaan ni, semua buku adalah berbahasa Perancis! Tak ade satu pun buku berbahasa Inggeris! Saya tercari-cari juga buku berbahasa Inggeris untuk dipinjam. Padahal negara Inggeris hanyalah terletak seberang laut sahaja dari negara ini. Buku berbahasa Melayu lagilah tak ade. Begitulah semangat orang Perancis terhadap bahasa ibunda mereka.

Wednesday, July 13, 2011

Hendak Ulam Pucuk Menjulai: Sebuah Autobiografi

Hendak Ulam Pucuk Menjulai: Sebuah Autobiografi adalah sebuah buku yang mengisahkan kehidupan peribadi Puan Hajjah Sokme Samdin sebagai seorang pendidik dan guru Bahasa Inggeris khasnya. Setelah membacanya saya mendapat banyak maklumat tentang dunia pendidikan di negara kita Malaysia, terutama pembelajaran dan pengajaran di dalam Bahasa Inggeris. Saya amat kagum dengan semangat kental dan perjuangan beliau sebagai seorang pendidik. Beliau mempunyai visi di dalam melihat anak-anak murid beliau berjaya. Beliau juga mempunyai kreativiti di dalam mendidik anak-anak bangsa sehingga mereka mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Alangkah bagusnya kalau saya mendapat sentuhan didikan Puan Hajjah sewaktu di bangku sekolah dulu. Walau bagaimanapun, saya tetap berterima kasih kepada bekas guru-guru yang pernah mendidik saya sewaktu di bangku sekolah dulu. Kepada bakal-bakal pendidik dan juga pendidik yang sedia ada, saya cadangkan anda semua membaca autobiagrafi ini sebagai pembakar semangat di dalam mendidik anak-anak Malaysia yang kita kasihi.

Sunday, July 10, 2011

Moules et Des Huitres

Moules
des huitres

Aha..Saya berkunjung lagi ke St. Malo menziarahi keluarga sebelah suami. Kalau ke sini tak sah tak makan kupang atau dalam Bahasa Perancisnya 'moules' dan juga makanan laut tiram atau 'huitres'. Kami beli kupang dan tiram ni di pasar basah di St. Servain untuk hidangan makan malam. Kami makan kedua-duanya sekali! Untuk menikmati tiram, kami terpaksa mengupas kulitnya dulu dengan menggunakan pisau khas. Pisaunya pendek dan turus dihujungnya. Ini kerana kulit keras tiram ini dikatup rapat dengan ototnya. Itu juga tandanya tiram ni masih segar. Selepas dikupas barulah ianya dihidangkan. Untuk rasanya lebih enak, kenalah letak sedikit jus citron..dan nyap masuk terus ke mulut. Hmm sedapnya tak terkata. Bagi moules, pulak ianya kenalah dimasak terlebih dahulu. Lebih sedap jika dimakan dengan kentang goreng. Tapi dek kerana kepenatan, kami makan dengan roti Perancis sahaja.