Mula-mula tu rasa malas nak menulis bab berjalan kaki dengan pedometer ni. Tapi bila difikirkan semula, lebih baik apa yang kita buat itu direkodkan. Jadi semalam petang saya berjaya berjalan kaki sebanyak 6599 langkah selama 50 minit. Saya membuat beberapa pusingan di kawasan riadah (kecil aje kawasan tu) di depan rumah di kawasan perumahan saya. Baru aje nak mula berjalan, dah ada asap berkepul di tepi Taman. Ada seorang penghuni rumah yang tengah membuat kerja-kerja pembersihan. Tapi kepulan asap kecil aje. Setelah membuat beberapa pusingan, saya menuju ke kawasan berbukit pula. Wah terasa bebannya mendaki bukit. Tapi dek kerana kecekalan hati ini,dapat juga mendaki sebanyak 2 pusingan sahaja. Hari pun dah nak senja, jadi terpaksalah balik ke rumah. Terasa hebat juga lah berjalan ni. Saya rasa saya dapat menghirup udara dengan mudah dan tidak tersekat atau separa sahaja. Ini kerana paru-paru dapat berkembang dengan baik!!
No comments:
Post a Comment