Matlamat untuk tahun depan 2011 tak lama lagi ialah senaman berjalan demi kesihatan.
Ada beberapa rancangan yang saya rancang untuk tahun depan dan salah satunya ialah senaman berjalan kaki. Nak lari, rasanya tak boleh memandangkan umur semakin meningkat dan tak sesuai untuk wanita. Jadi berjalan adalah satu - satunya senaman yang sesuai, selain berbasikal dan berenang. Jadi untuk tujuan itu saya merancang untuk membeli alat pedometer.
Alat pedometer ini bertujuan untuk megukur berapa langkah yang kita lakukan dalam satu hari. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, 10 000 langkah memberi kita kesihatan yang baik. Jadi apa lagi, saya akan mencubanya. ..
Kalau tak hari ini, mungkin esok, saya akan membeli alat pedometer ini. Manakala Adam pula, sibuk nak membeli reket badminton. Jadi kami akan sama-sama membeli belah esok, selepas mereka balik dari sekolah.
Sekali lagi, saya mengingatkan diri sendiri, tujuan membeli pedometer ini adalah untuk
1. Senaman berjalan demi kesihatan.
2. Latihan untuk misi saya di penghujung tahun depan, InsyaAllah. (tak boleh didedahkan lagi kat sini)
Pedometer...here i come...
No comments:
Post a Comment