Friday, August 28, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52

Tinggal dua hari sahaja lagi Rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52. Walaupun tahun ini sambutannya kurang meriah berbanding dengan tahun-tahun yang lalu kerana wabak H1N1, namun semangat patriotik setiap individu haruslah tetap tinggi.

Salam Ramadhan

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita dapat menjalani ibadah dengan aman dan sentosa...Amin.

Wednesday, August 12, 2009

H1N1: Tingkatkan sistem imuniti anda

Ini adalah sekadar untuk dikongsi bersama bagi sesiapa yang membacanya. Sekarang ini dunia dilanda wabak penyakit yang menular dengan pantasnya, iaitu H1N1. Saya sendiri menjadi panik apabila anak sulung, Adam menghidapi batuk. Anak-anak saya jarang batuk sebenarnya walaupun diberi makan aiskrim atau minum susu sejuk dari peti ais. Langkah yang saya ambil ialah memberi beliau kopi yang bercampur dengan lingzhi. Alhamdulillah, selepas empat hari, batuknya reda.
Tetapi, keesokannya pula, batuk ini menular pula kepada anak-anak saya yang kedua (PW) dan ketiga (Cami). Batuk mereka tak henti-henti..Yang paling teruk ialah anak ketiga, Cami. Saya dapat rasakan betapa seksanya batuk mereka itu. Cami demam, tapi untuk satu malam sahaja. Pada waktu malam, PW dan Cami tidak dapat tidur lena dan asyik terjaga malam. Saya sendiri kadang-kadang terasa seperti sukar bernafas. Cami menangis sebab tidak tahan batuk. Antara langkah yang saya ambil ketika itu ialah menyapu minyak habbatus sauda di kaki mereka sebelum tidur. Pelik, ketika saya menyapu minyak di tapak kaki mereka, batuk terus hilang. Tetapi apabila saya berhenti, batuk ...kembali. Seminggu berlalu...Saya membeli ubat batuk di kedai berdekatan. Pun...tidak berkesan. Wah ..teruk ni. Cami dapat melelapkan mata hanya pada pukul 12 tengah malam dan terjaga pada pukul 3.00 pagi! Beliau muntah!! Saya panik...namun masih dapat mengawal emosi. Suami saya.. “cool”. Cami tak dapat tidur sehinggalah ke pukul 5.00 pagi. Kami bersembang..sebab tak dapat melelapkan mata.
Akhirnya saya membawa mereka berjumpa dengan doktor di Bangsar. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya memberi topeng muka kepada mereka. Kami terpaksa menunggu lama..sambil itu saya sendiri agak cemas..adakah mereka dijangkiti H1N1? Giliran kami pun tiba. Seperti biasa doktor membuat pemeriksaan. Semuanya ok...Fuhh..lega..Cuma di fikiran saya, bagaimana doktor menyatakan tiada jangkitan H1Ni sedangkan beliau tidak mengambil sampel darah?
Tanpa mengharapkan sangat ubat doktor, saya memberi madu lebah kepada anak-anak. Madu lebah bercampur lingzhi. Bukannya mudah, kerana Cami tak pandai menelan kapsul lingzhi seperti abang-abangnya. Jadi terpaksalah saya membuka kapsul, ambil serbuknya dan dicampurkan dengan madu. Rasa lingzhi adalah sangat pahit! Dengan menggunakan psikologi, saya menyuap madu dan lingzhi ke mulut Cami. Takde masalah bagi PW dan Adam. Madu sememangnya tertulis di dalam Al-Quran yang baik untuk tubuh badan umat manusia. Lingzhi pula adalah sejenis cendawan yang banyak khasiatnya dan memang mahal. Di negara China, gingseng dan lingzhi adalah makanan kesihatan nombor satu dan sangat mahal.
Selang dua hari batuk pun reda dan Alhamdulillah sekarang dah hilang sama sekali. Walaupun begitu saya tidak berhenti daripada memberi madu lebah dan lingzhi kepada mereka bagi meningkatkan imuniti badan. Apa yang penting sekarang ini adalah sistem imuniti badan yang baik supaya badan dapat menangkis segala jenis serangan virus yang tidak disukai oleh tubuh badan manusia.
Teringat kata-kata kawan saya; “Sekarang ini, makanlah apa yang tertulis dalam Al-Quran seperti madu, kurma, buah tin..”

Monday, August 10, 2009

Permainan Kanak-Kanak Zaman Sekarang

Bakugan
Warcraft
GameBoy
Internet Game


Aha...jika dibiarkan akan menjadi satu ketagihan.....
Cukup la tu.. ya anak-anakku...

Lumut: Taman Paya Bakau

Terletak tidak jauh dari Bandar Lumut, beberapa minit sahaja dari Bandar Lumut menuju ke Ipoh, saya dan keluarga menyinggah ke Taman Paya Bakau, untuk menikmati udara petang. Melalui pintu masuk ke paya bakau, kami disambut oleh sekumpulan monyet yang memantau kemasukan kami ke kawasan mereka. Kebetulan anak saya, Adam yang sedang memegang botol minuman air mineral, diterjah oleh seekor monyet. Monyet itu melompat ke bahu Adam lalu meragut botol minuman berkenaan. Anak – anak menjerit terkejut dan mujurlah tidak ada kecederaan. Monyet itu kemudiannya, lari memanjat pokok lalu menggigit botol untuk mendapatkan air. Lucu pulak rasanya...sayang sekali, terlupa nak bawak kamera.
Kami meneruskan perjalanan kami di atas jambatan yang khas dibina untuk menikmati pemandangan paya bakau. Suatu pemandangan yang menarik, penuh dengan paya bakau, akar-akar yang besar dan udara yang segar. Saya dapati seorang pengunjung India sedang cuba menangguk ketam. Hmm seronoknya kalau dapat tangkap ketam..Kalau bernasib baik, pengunjung boleh juga melihat burung Raja Udang (King Fisher). Terdapat juga disitu tempat duduk untuk pengunjung beristirehat sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Kami berjalan sehinggalah ke penghujungnya iaitu sungai. Nama sungai nya saya kurang pasti...tapi kalau tak silap hulu sungai adalah dari Kuala Sepetang? Alahai..tak ingat pulak..kena tengok peta nanti....
Harap-harap dapat mengunjungi taman ini lagi dengan mengambil gambar-gambar yang menarik.

Ipoh: Pemanduan Berhemah

Bandaraya Ipoh, tempatnya aman, bersih dan harmoni. Tiada kesesakan jalanraya yang teruk seperti Kuala Lumpur. Bayangkan pagi Isnin, keluar sahaja dari rumah saya dapat memandu dengan tenangnya ke kedai tayar untuk penyelarasan tayar yang terletak di Jalan Kampar, Ipoh. Saya tidak menghadapi kesesakan yang melampau seperti mana di Kuala Lumpur. Saya tidak perlu berbaris panjang diatas jalan raya dan tidak tertekan ketika memandu. Semua pemandu di sini memandu dengan penuh berhemah dan tertib. Terasa sangat perbezaannya!

Wednesday, August 5, 2009

KLCC: Taman KLCC

Kalau bosan untuk membeli-belah di KLCC, anda juga boleh mengambil angin di luar bangunan KLCC iaitu di Taman KLCC. Terdapat taman kanak-kanak, padang kehijauan yang bersih untuk duduk berehat sambil mengambil gambar, dan tidak ketinggalan kolam renang yang cetek untuk anak-anak anda bermandi-manda. Orang dewasa pun boleh merendam kaki sekadar untuk menyegarkan kaki. Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan.










Airnya segar, sejuk dan boleh diminum atau membersihkan muka.

Sunday, August 2, 2009

Mama...macamana nak hilangkan batuk?

Aiskrim tiga hari berturut-turut dengan minuman bergas yang sejuk...penangan cuti sekolah! Dah hari keempat Cami dan PW batuk...tak henti..henti..Saya telah memberinya ubat batuk, manakala sarapan pagi pula adalah susu panas bercampur madu. Saya menasihati anak perempuan saya yang satu ini dan abangnya agar berehat sepenuhnya dan tidak terlalu banyak bercakap. Pada waktu malam, batuk mereka berterusan dan sukar untuk tidur. Saya memastikan leher mereka ditutupi dengan selimut. Juga, saya telah cuba menyapu minyak habbatus sauda pada tapak kaki mereka...agak menyegarkan kata mereka.. “ Esok malam mama sapu lagi ye..” “Baiklah, tapi ikut nasihat mama ok! Jangan minum minuman sejuk, jangan minum sejuk, mesti tunggu mama panaskan susu tu dulu...ok?” “OK mama..”
Satu petang, saya terlena tidur..di depan televisyen. Sedar-sedar...saya dapati PW sedang menikmati susu segar sejuk dari peti ais yang dicampur dengan bijirin! Apalagi..bisingla mamanya....Macamana nak baik, kalau tak mahu pantang dari minuman sejuk? “Cami? Pun sama juga? He..he..HE.. “YES MAMA”....Argh....tak terkata saya. Itulah namanya budak.
Batuk..batuk...batuk...
Mama...macamana nak hilangkan batuk? tanya Cami..dengan nada kesian..