Gambar Raja Thailand di hotel kami menginap di Bangkok |
Sewaktu lawatan kami ke Bangkok, kelihatan rakyat jelata negeri Thailand sedang sibuk bersiap sedia untuk menyambut Hari Keputeraan Raja mereka yang ke-85, iaitu Raja Bhumibol Adulyadej. Raja Thailand ini juga dikenali sebagai Raja Rama IX. Gambar - gambar baginda banyak dipaparkan di sekitar bandaraya Thailand termasuklah di Hotel.
Saya sempat melihat acara sambutan keputeraan baginda di kaca televisyen yang disiarkan secara langsung. Di situ, memang nampaklah akan rakyat amat menyayangi baginda. Rakyat berpusu-pusu menunggu kemunculan baginda pada hari sambutan berkenaan. Baginda merupakan Raja yang paling lama memerintah (di dunia) dan jarang muncul di kaca televisyen kerana gering. Memang semangat cintakan Raja dapat dirasakan. Saya sendiri pun rasa terharu melihat perpaduan rakyat ketika itu.
No comments:
Post a Comment