Monday, December 10, 2012

Bangkok, Thailand

Minggu lepas saya dan Cami menyertai rombongan ke Bangkok dengan menaiki bas. Perjalanan kami merangkumi bandar - bandar ; KL - Ipoh - Padang Besar - Bangkok. Sebaik aje mengambil Cami dari sekolah, saya memandu kereta terus ke Ipoh. Dari Ipoh, kami menaiki bas rombongan higgalah ke Padang Besar, sempadan Malaysia-Thailand. Setelah melepasi immigresen Thailand, kami bertukar bas. Kali ini kami menaiki bas *double decker* dan ditemani oleh pemandu pelancong kami iaitu Encik Ary bersama krew - krew beliau. Perjalanan ke Bangkok adalah satu pengalaman buat kami semua kerana perjalanan dari sempadan ini ke Bandaraya Bangkok mengambil masa 13 jam yang mana jauhnya ialah kira-kira 1000 km. "Bila nak sampai kotaraya Bangkok ni?" Soalan yang sentiasa berlegar-legar di kepala kami semua. Bayangkan..bertolak awal pagi dan sampai ke Bangkok pada jam 1.00 pagi keesokannya!  Alhamdulillah semua ahli rombongan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Kalau ada yang sakit sikit tu biasalah kan...
 
Di sini saya sertakan gambar-gambar di kotaraya Bangkok yang ketika itu sedang bersiap untuk meraikan Hari Keputeraan Raja Thailand.
 
 
 
 
 
Kalau berjalan di sekitar bandaraya Bangkok, kelibat biarawan atau di dalam bahasa Inggerisnya, monk, adalah perkara biasa. Ini kerana negara Thailand adalah sebuah negara Buddhist.

 
Gambar di atas ini pulak ialah Monumen Demokrasi Bangkok (Democracy Monument). Ianya adalah monumen awam yang terletak di tengah-tengah bandaraya Bangkok. Ia juga melambang kebebasan dan keamanan. Memang ada cerita di sebalik monumen ini. Nak tau lebih lanjut, kenalah cari sendiri...

 
Seperti Bandararaya Kuala Lumpur, Bangkok juga mempunyai artis jalanan tersendiri. Saya tertarik dengan lukisan jalanan ini. Tertera di situ "SAWADDE BANGKOK". Maksudnya...Hello Bangkok...

 
Kelihatan kereta, teksi dan juga tuk - tuk di jalanraya. Gambar Raja Thailand ada di mana-mana di sekitar bandaraya ini kerana rakyat sedang membuat persiapan Hari Keputeraan Raja Thailand pada 5 Disember 2012.




 
Saya tertarik dengan kedai barangan ni di tengah - tengah kota Bangkok. Kedai ini nampak berserabut. Barang-barangnya tidak disusun rapi... Ha..ha..ha..




 
Bandaraya Bangkok di waktu malam. Pada waktu ni, ada banyak gerai - gerai di jalanan yang menjual barangan sepert pakaian, beg dan lain- lain.


 
Kotaraya Bangkok di pagi Isnin. Warga kota telah mula sibuk keluar bekerja. Sama seperti Malaysia, mereka juga menggunakan motosikal sebagai pengangkutan. Anak - anak warga Thailand pada ketika ini masih bersekolah. Sistem penggal mereka tidak sama seperti di Malaysia. Cuti akhir tahun bagi anak-anak di Thailand ialah sekitar Mac dan April.

 

No comments: