Friday, December 21, 2012

Sungai Chao Praya, Thailand

Cerita hari ini ialah pengalaman menyusuri sungai Chao Praya di Thailand. Tak banyak yang nak dikongsikan. Cuma, menyusuri sungai ini kita boleh melihat serba sedikit bandaraya Bangkok. Ini termasuklah bangunan-bangunan kerajaan, hospital di mana Raja Thailand berada untuk mendapatkkan rawatan, universiti, rumah-rumah atau perkampungan, tempat penyelenggaraan kapal tentera serta kapal DiRaja. Saksikanlah rakaman gambar dari lensa i-Phone saya dibawah.
 



















 

Wednesday, December 12, 2012

Gambar Saya

 
Who is this beautiful lady... that is walking around kota Bangkok?  
 
 
Aha... rasa malu pun ada...sebab saya tak pernah letak gambar sendiri di dalam blog. Kalau ade pun, tak ade siapa yang boleh perasan penulisnya. Itulah saya, penulis blog ini..yang menulis apa sahaja terlintas di fikiran ini. Di sebelah saya pula ialah anak saya yang ketiga...Cami (CW). Gambar ini dirakam sewaktu kami berada di kota Bangkok (Disember 2, 2012) . Tengok kat belakang tu ada bendera Thailand.

Tuesday, December 11, 2012

Baiyoke Tower II

 
Ini lah bangunan yang tertinggi sekali di negara Thailand. Bangunan ini diberi nama Baiyoke Tower II. Bila mendongak atas, agak tinggi juga lah. Negara masing - masing, identiti masing - masing.. jadi tak usah lah nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Apa yang boleh saya katakan, mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamed adalah insan luar biasa dan bijak!
 
Di sekitar bangunan ni, terdapat gerai - gerai jalanan lebih kurang seperti Petaling Street di Kuala Lumpur. Oh ya, kami sempat juga sembahyang berjemaah bersama imam di sebuah surau di sekitar kawasan ini. Maknanya, kalau nak membeli belah, tak perlu risau kalau nak sembahyang, sebab ada surau yang dikendalikan oleh peniaga berbangsa Arab. Ianya tak jauh dari bangunan Baiyoke II ini. Nak kena pandai cari lah...ataupun tanya aje pengusaha Restoran makanan India di situ.


Monday, December 10, 2012

Bangkok, Thailand

Minggu lepas saya dan Cami menyertai rombongan ke Bangkok dengan menaiki bas. Perjalanan kami merangkumi bandar - bandar ; KL - Ipoh - Padang Besar - Bangkok. Sebaik aje mengambil Cami dari sekolah, saya memandu kereta terus ke Ipoh. Dari Ipoh, kami menaiki bas rombongan higgalah ke Padang Besar, sempadan Malaysia-Thailand. Setelah melepasi immigresen Thailand, kami bertukar bas. Kali ini kami menaiki bas *double decker* dan ditemani oleh pemandu pelancong kami iaitu Encik Ary bersama krew - krew beliau. Perjalanan ke Bangkok adalah satu pengalaman buat kami semua kerana perjalanan dari sempadan ini ke Bandaraya Bangkok mengambil masa 13 jam yang mana jauhnya ialah kira-kira 1000 km. "Bila nak sampai kotaraya Bangkok ni?" Soalan yang sentiasa berlegar-legar di kepala kami semua. Bayangkan..bertolak awal pagi dan sampai ke Bangkok pada jam 1.00 pagi keesokannya!  Alhamdulillah semua ahli rombongan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Kalau ada yang sakit sikit tu biasalah kan...
 
Di sini saya sertakan gambar-gambar di kotaraya Bangkok yang ketika itu sedang bersiap untuk meraikan Hari Keputeraan Raja Thailand.
 
 
 
 
 
Kalau berjalan di sekitar bandaraya Bangkok, kelibat biarawan atau di dalam bahasa Inggerisnya, monk, adalah perkara biasa. Ini kerana negara Thailand adalah sebuah negara Buddhist.

 
Gambar di atas ini pulak ialah Monumen Demokrasi Bangkok (Democracy Monument). Ianya adalah monumen awam yang terletak di tengah-tengah bandaraya Bangkok. Ia juga melambang kebebasan dan keamanan. Memang ada cerita di sebalik monumen ini. Nak tau lebih lanjut, kenalah cari sendiri...

 
Seperti Bandararaya Kuala Lumpur, Bangkok juga mempunyai artis jalanan tersendiri. Saya tertarik dengan lukisan jalanan ini. Tertera di situ "SAWADDE BANGKOK". Maksudnya...Hello Bangkok...

 
Kelihatan kereta, teksi dan juga tuk - tuk di jalanraya. Gambar Raja Thailand ada di mana-mana di sekitar bandaraya ini kerana rakyat sedang membuat persiapan Hari Keputeraan Raja Thailand pada 5 Disember 2012.




 
Saya tertarik dengan kedai barangan ni di tengah - tengah kota Bangkok. Kedai ini nampak berserabut. Barang-barangnya tidak disusun rapi... Ha..ha..ha..




 
Bandaraya Bangkok di waktu malam. Pada waktu ni, ada banyak gerai - gerai di jalanan yang menjual barangan sepert pakaian, beg dan lain- lain.


 
Kotaraya Bangkok di pagi Isnin. Warga kota telah mula sibuk keluar bekerja. Sama seperti Malaysia, mereka juga menggunakan motosikal sebagai pengangkutan. Anak - anak warga Thailand pada ketika ini masih bersekolah. Sistem penggal mereka tidak sama seperti di Malaysia. Cuti akhir tahun bagi anak-anak di Thailand ialah sekitar Mac dan April.