Saturday, May 12, 2012

Cami ajak pergi ke KLCC

Sabtu lepas Cami ajak kami semua pergi ke KLCC. Bosan duduk rumah katanya! Ok lah..layan aje permintaan dia ... Lagi pun memang ada hajat nak ke sana sebab kena *redeem* voucher dari kedai buku Kinokuniya. Adam yang punya voucher tu. Sekolah yang bagi. Baru-baru ni dia dapat tempat kedua untuk pertandingan siapa baca buku paling banyak di kelas. Walaupun harga voucher tu tak banyak, tapi apa orang kata..pembakar semangat kepada budak-budak ni.

Kami pergi awal pagi sebab tak nak bersesak-sesak. Tapi nak ke sana, jalan sesak! He...he.. macam ni lah ibu kota Kuala Lumpur. Kereta banyak. Manusia pun ramai. Dah sampai suria klcc, kami ke kedai buku berkenaan. Pilih tu ..pilih ini..tengok itu...tengok ini...aktiviti sekeluarga di awal pagi. Lepas tu lapar pulak. Makan tengah hari di tingkat bawah. Masing-masing dengan selera masing-masing. Selera besar..selera kecil. Papa memilih sayuran dengan nasi aje. Bagus la tu pak. Jadi kan contoh kepada anak-anak. Tapi Mak tak boleh *resist* tengok gado-gado, masakan Indonesia tu. Tu dia penuh satu pinggan. Mak makan beehun sup dengan gado-gado aje. Itupun Pak dah bising! He..he..baru nak menikmati hidangan, Pak dah bising-bising. He..he...

Kat bawah ni saya ambil sedikit suasana di KLCC ketika itu. Masih tak ramai orang.
PW dan Cami sedang menikmati pencuci mulut


kenyang perut senang hati

pengujung sedang menjamu selera

Sesudah makan, kami jalan-jalan sikit di sekitaran ...tengok gambar di bawah ini..suasana masih tak ramai orang..


PW, Cami dan Pak


No comments: