Thursday, April 26, 2012

Mak! Beli ini! - CANON CAMERA

Anak-anak sedang bercuti selama dua minggu. Adam dah pergi ke rumah ibu saudaranya yang duduk di negeri Pahang Darul Makmur. Tinggal lah kami berempat di rumah. Hari ni saya bawa PW dan Cami ke Mid Valley sebab nak beli buku. Kami ke MPH seawal 10.00 pagi. Huhh, walaupun pagi lagi, tapi nak cari tempat letak kereta ..punya lah susahnya. Akhirnya, berkat kesabaran kami bertiga, dapat lah satu petak untuk kereta kami ini.

Terus ke tempat tujuan, kami ke bahagian masing-masing. Mereka, saya letakkan di bahagian bacaan yang sesuai dengan umur mereka. Belek sini belek sana dapatlah buku masing-masing...

Kemudian, kami jalan-jalan sikit sementara nak tunggu makan tengahari. Jalan-jalan, ternampaklah penjual-penjual kamera. Yang buat mereka tertarik ialah....lihat aje gambar kat bawah ni...

Kamera jenama Canon...
Bila mereka dah usik sini usik sana..ambil gambar orang kat atas tu...PW bersuara.. " Mak, beli ini Mak!" Dari jauh saya nampak harganya RM 3350. Tengok dekat lagi...Hah!!! RM 30, 350.00. Tiga puluh ribu!!! He..he..he.. Kemudian, kami pergi kamera yang satu lagi pulak. Nampak sama macam yang mula tadi. Saya tengok harganya, yang ini harganya ialah RM 50,000.00. Lagi lah tergelak besar saya dibuatnya....

CW dan Cami dengan Canon RM 30,000

PW dengan Canon berharga RM 50 000

Sembelit - Amaran Bagi Kesihatan Kita

Salam Pembaca Budiman,
Dah pergi buang *a.. b....* ke belum? He..he.. he.. mintak maaf lah ..pembuka bicara yang tak sedap didengar..
Bukan apa, kalau lah kita sembelit, kita juga yang akan susah nanti. Bukan kita saja, ahli-ahli keluarga yang lain pun turut mengalami kesusahan itu nanti seperti susah hati, susah nak pergi kerja dan sebagainya. Jadi, setiap orang, mestilah menjaga kesihatan diri dengan baik. Ha..tu dia.. dah siap berleter dah...ni gara gara Adam batuk minggu lepas. Sekarang dah baik dah..masalah mulut berbau bila dia bercakap (akibat sembelit) pun dah selesai. Tapi sekali sekala nak kena ingatkan juga kat dia tu untuk pi buang air besar setiap har.
Mari kita berkongsi cerita pasal SEMBELIT ni. Kalau kita sembelit...itu merupakan satu AMARAN!! Maknanya tak lama lagi badan kita akan MENJERIT!!!! Ha...maknanya PENYAKIT akan tiba.

APA SEBENARNYA KISAH SEMBELIT NI?

1. Bermula dengan makanan yang masuk ke mulut, ianya akan melalui perut. Kemudian?

2. Lepas tu, makanan ini akan dicerna dan diserap oleh usus kecil. Makanan yang tidak dicerna pulak (iaitu makanan yang tidak diperlukan oleh badan) pergi ke mana?
3. Sisa makanan yang belum dicerna akan ditinggalkan di dalam usus besar. Bakteria dalam usus akan menguraikan bahan-bahan ini menjadi toksin dan keluar sebagai najis. Itulah proses semulajadi yang Allah taala berikan kepada tubuh badan kita.

4. Masalahnya ialah jika kita tak boleh buang air besar atau SEMBELIT!!! Apa akan terjadi?
 Jawapannya: TOKSIN tadi akan DISERAP semula. Sepatutnya dibuang bersama-sama najis.
Akhirnya, tisu-tisu organ akan terganggu lalu menyebabkan PENYAKIT!

Ha...tu yang dapat batuk batuk tadi tu, sebab toksin telah mengganggu badan kita dan melemahkan sistem imuniti badan. Oleh itu, pembaca budiman, rakan-rakan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan anak-anak sekalian...pergilah buang air besar SETIAP HARI. Kalau tak nanti penyakit akan timbul....















Tuesday, April 24, 2012

Lagu Omputih..

Ha ha ha...Siapa kata mak tak dengar lagu Omputih???
Mak pun dengar jugak lagu-lagu Omputih ni...
Contohnya ..Lagu Delilah nyanyian Tom Jones....tapi la ni mak suka version Korea! Gelombang Korea lah katakan...

Thursday, April 19, 2012

Lagu Melayu..lagu CINTA...

Saya gemar mendengar lagu-lagu Melayu yang malar segar. Kalau bawa kereta, saya akan pasang saluran Sinar FM. He..he..sebab mereka sering putarkan lagu-lagu retro. Suatu hari CW bertanya, "Ma...kenapa Ma suka dengar lagu-lagu Melayu?" Terkedu dan terasa kelakar pun ade....
Saya jawab, lagu-lagu Melayu ni indah dan sesuai dengan jiwa Ma. Tapi Ma, sabung CW lagi, lagu-lagu Melayu ni asyik "Cintaaaaaa" ...na na na na.."Cintaaaaaaa" ajuk CW. He..he...gelak besar saya dibuatnya. Budak ni dah pandai buat komen. Tapi ade kebenarannya. Saya jawab lagi, melodi lagu Melayu jugak indah..sesuai dengan jiwa Ma. Macam ni lah, jawab saya lagi... "You have to be 100% pure Malay, then only you can enjoy the songs" Ooooo...jawab CW. Lepas tu dia sambung nyanyi aka nak perli Mak nye..."Cintaaaaaa" "Cintaaaaa" "Oh Cintaaaaaa""""""

Tuesday, April 17, 2012

Sembelit!!

Sebenarnya saya tertanya tanya kenapa sistem imun Adam rendah sampai dapat batuk batuk?

Sembelit!! Ha tu dia...rupanya Adam dapat sembelit.

Nak kata sembelit..tak pastilah pulak. Sebab Adam tak de masalah makan sayur dan buah. Tapi yang pasti, Adam ni memang malas nak pergi ke tandas. Dari kecil lagi, dia suka tahan.. untuk ke tandas.

Pagi tadi, sewaktu nak hantar anak-anak ke sekolah, saya bertanya sama ada mereka buang air besar ke tidak? Soalan yang kerap saya tanye sebelum ni. Tapi, tanya hari hari pun bosan juga kan. Rupa-rupanya Adam tak buang air besar hari ni. Saya tanya lagi...sebab lama tak tanya..soaln cepu emas ni. Semalam buang air besar tak? Ada...jawab Adam. Hari Ahad pulak? Tak ingat ...jawab Adam. Sabtu? Tak ingat ...jawab Adam lagi. Darah saya semakin naik!! Minggu lepas pulak macam mana? For the whole life...jawab dia pelan. Apa????? Saya dah melenting. Tak mama..tak mama....(tau pun takut!). Adam buang air besar 2 atau 3 kali seminggu aje.. APA???? *&*%#...... %Lecture^ pun dah bermula...bla..bla...sepanjang perjalanan...


Monday, April 16, 2012

BATUK lagi!!

Setelah sekian lama, tak batuk..Adam batuk sekali lagi. Kali terakhir Adam batuk teruk ialah sekitar Ogos 2009. Alkisahnya ialah sebab aktiviti berenang di sekolah selama 2 jam! Saya sendiri mengingatkan Adam, kalau berendam lama-lama dalam air tak elok. Betul jangkaan saya sebagai seorang ibu. Balik dari sekolah, keesokannya beliau batuk. Batuk..batuk ..batuk ... Seisi rumah komplennnn sebab tak tahan dengan bunyi batukkkk!!. Lebih parah lagi..bila Adam terbatuk di muka adiknya PW!! apa lagi melentinglah si adik ni.... Cami pun bising jugak..siap cakap ..tolong la tutup mulut dengan tangan kalau nak batuk.. Saya pun bising juga... Papa pulak bertanya..Adam batuk???
Apakah rawatannya?

Sekarang ni, saya tidak lagi membawa mereka ke klinik kalau mereka batuk dan demam. Sebenarnya mereka dah tak demam demam lagi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kalau ade pun sekali dua sahaja..itu pun satu dua malam aje. Saya dan suami pernah bersembang pasal kesihatan anak yang bertambah baik. Tidak lagi seperti dulu..di mana kami kerap membawa mereka ke klinik. Sistem Imuniti badan mereka semakin baik semenjak saya memberi Lingzhi keluaran Shuang Hor kepada mereka. Kami seisi keluarga makan Lingzhi Shuang Hor dari Taiwan ini. Kebaikannya ...nanti saya kongsikan apabila saya mempunyai masa lapang.

Berbalik kepada Adam tadi, saya menyuruh beliau makan 20 tablet Jia Hor Nutri Health Tablets, iaitu campuran Lingzhi gred 2 (50%) + Pollen (50%). Nak suruh dia telan 20 tablet ini sekali gus..punyalah susahnye!! Adam tak ade masalah menelan, tapi malas nak makan. Apa lagi..membebel lah saya.... Akhirnya Adam ambil 10 tablet sahaja. Katanya 10 tablet lagi...sebelum tidur! Waduh..waduh....budak ni le... Dalam waktu yang sama saya suruh juga PW dan Cami ambil 20 tablet seorang. Sekelip mata saja mereka habiskan 20 tablet tu. Tak de masalah dan tak de soalan pun. Mereka berdua akur dengan arahan saya. Alhamdulillah. Masalah sekarang ialah anak yang sulung ni. Adam. Nak dijadikan cerita, Adam terlupa makan 10 tablet terakhir tadi. Itu satu hal... bila suami pulang, ternampak aje Lingzhi, beliau terus makan habis!! Esoknya saya membebel lagi kat Adam sebab tak makan habis 10 tablet tu... Sekarang saya terpaksa pergi beli lagi Lingzhi sebab batuknya tidak berkurangan. Kali ini saya beli Yung Kien Ganoderma atau YK1 iaitu Lingzhi Gred 1  !!! Ha....yang ni lagi mahal dan lagi tinggi kandungan triterpenes nya (lagi berkualiti). Tang tang tu jugak..kat tempat saya membelinya, saya suruh dia makan. Berapa kapsul? Saya suruh Adam ambil 40 kapsul terus!! Sekali lagi..Adam tawar menawar dengan mamanya. Dia nak makan 30 kapsul aje.. Baiklah, saya akur. Dan 10 lagi , beliau habiskan di rumah.Hasilnya...batuk berkurangan pada keesokan harinya. Hari berikutnya lagi...nampak semakin baik. Malam malam pulak dah tak kedengaran batuknya ketika tidur. Dan hari ni..saya tak dengar pun lagi batuk batuk tu sewaktu menghantar mereka ke sekolah pagi tadi. Alhamdulillah. Sesiapa yang membaca blog ni, makan lah Lingzhi kalau anda batuk. Dari pemerhatian saya, dalam masa 2 -3 hari, redalah batuk tu. Lingzhi keluaran Shuang Hor ni selamat dimakan dan sudahpun diuji ke atas haiwan dan secara klinikal. InsyaAllah.