Thursday, February 2, 2012

Ayam Masak Merah + Salad

Semalam ialah Hari Wilayah Persekutuan. Jadi orang KL cuti...tapi suami tak cuti sebab bekerja di Negeri Selangor. Tinggal saya dan anak-anak kat rumah. Nak keluar jalan-jalan pun tak boleh, sebab anak-anak kena belajar mengaji dengan Ustaz, kat rumah, di waktu petang. Duduk rumah pun ok jugak... Pagi semalam, terkial-kial nak makan apa untuk tengahari. Ayam ada 2 ekor kat dalam freezer tu..tapi masalahnya nak masak apa dengan ayam tu? Internet lah tempat saya cari resepi. Terjumpa lah resepi ayam masak merah. Sepanjang saya berkahwin, saya memang tak pernah masak ..ayam masak merah. Ada satu sebab utama. Ini kerana suami akan bising kalau saya masak pedas...walaupun sebenarnya dia boleh makan pedas!! Tapi bukannya dari masakan saya... Wbmpun, kalau tak silap, saya pernah mencuba resipi ini dengan seketul ayam sahaja untuk diri sendiri. Kalau tak silaplah...

Jadi, oleh kerana suami bekerja dan tak balik makan tengahari, maka saya membuat keputusan muktamad. Ayam masak merah. Saya tanya dulu anak-anak...sebab hanya CW saje yang kuat makan sambal. Dua lagi tu, akan tolak sambal ke tepi, kalau makan dengan nasi lemak. Jadi, dia orang pun tak kisah... Dengan tekunnya, sambil melihat resepi di internet, saya pun mula memasak. Saya masak versi kurang pedas. Dah siap masak, ingat kan nak buat salad dressing untuk salad. Tapi penat pulak, jadi makan salad kosong sahaja lah.

Masa makan, saya tanye anak-anak ..."Sedap tak ayam masak merah mama ni?" Hmmm sedapla ma... Saya tanye lagi.... sekali lagi diaorang jawap sedap. Lepas ni, nampaknye boleh la saya masak lagi Ayam Masak Merah!  Salad yang kosong tadi pun licin jugak...sebab dia orang makan dengan kuah ayam masak merah!!! Yes !!! Berjaya nampaknye!!

No comments: