Cuti berderet ni, kami ambil kesempatan duduk di rumah aje..sembang-sembang, sama-sama fikir nak makan ape...dan yang bestnye anak- anak Adam dan CW buat biskut nutella. Resepi Biskut Nutella ni kami ambil dari blog kak Ida iaitu 1001resepi. Sambil saya *browse* tetiba CW ternampak botol nutella dan cookies nya sekali. Apalagi, terlompat-lompat dia nak buat biskut Nutella tu. Mak OK aje. Hasilnye ...emmm sedap! Saya dah booking dah biskut ni untuk Hari Raya nanti..InsyaAllah.
Tuesday, February 7, 2012
Monday, February 6, 2012
Kopi Lingzhi - Kopi yang saya minum setiap pagi
Sekadar berkongsi, ini lah kopi yang saya minum setiap pagi. Oleh kerana saya adalah penggemar kopi, saya akan minum kopi ini juga, selepas makan tengahari dan bila-bila saya rasa nak minumnya. Kalau ke luar negeri sekali pun, saya akan membawanya. Khasiatnya kopi ni ialah kerana ianya mengandungi Lingzhi gred 1 dari Taiwan. Minum kopi lingzhi ni, tak rasa pening kepala dan pelbagai lagi khasiatnya. Nanti kalau ada masa terluang, bolehlah berkongsi cerita pasal kandungan Lingzhi ni serta fungsinya. Setiap ahli keluarga yang lain juga turut minum kopi ni. La ni kat rumah dah tak beli Milo dah, ada la sebab nya!
Sunday, February 5, 2012
Hari ni rumah sunyi sepi..
Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Kita sentiasa diingatkan agar selalu berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Dan insyaAllah, itulah yang saya amalkan setiap pagi bersama anak-anak sewaktu memandu mereka ke sekolah. Tidak terhenti di situ sahaja, tetapi kita hendak lah sentiasa berselawat ke atas Nabi. Hari ni kat rumah, sunyi sepi saja. Suami baru saja berangkat ke England malam tadi untuk selama seminggu. Tak tau le macamana keadaan beliau sebab kat sana cuacanya tengah teramat sejuk. Mungkin sekejap lagi, baru boleh buat panggilan untuk bertanya khabar. Hari ni pulak, CW nak pergi ke rumah kawan dia untuk menyambut Harijadi kawannya itu. Tak bagi pergi, tak sampai hati pulak, sebab kawan baik. Jadi, tinggal lah kami bertiga kat rumah ni. Kalau CW ada, barulah riuh rendah rumah ni. Kucing-kucing pulak, tengah tidur sebab kekenyangan selepas makan ikan yang telah direbus. Hmmm...
Thursday, February 2, 2012
Ayam Masak Merah + Salad
Semalam ialah Hari Wilayah Persekutuan. Jadi orang KL cuti...tapi suami tak cuti sebab bekerja di Negeri Selangor. Tinggal saya dan anak-anak kat rumah. Nak keluar jalan-jalan pun tak boleh, sebab anak-anak kena belajar mengaji dengan Ustaz, kat rumah, di waktu petang. Duduk rumah pun ok jugak... Pagi semalam, terkial-kial nak makan apa untuk tengahari. Ayam ada 2 ekor kat dalam freezer tu..tapi masalahnya nak masak apa dengan ayam tu? Internet lah tempat saya cari resepi. Terjumpa lah resepi ayam masak merah. Sepanjang saya berkahwin, saya memang tak pernah masak ..ayam masak merah. Ada satu sebab utama. Ini kerana suami akan bising kalau saya masak pedas...walaupun sebenarnya dia boleh makan pedas!! Tapi bukannya dari masakan saya... Wbmpun, kalau tak silap, saya pernah mencuba resipi ini dengan seketul ayam sahaja untuk diri sendiri. Kalau tak silaplah...
Jadi, oleh kerana suami bekerja dan tak balik makan tengahari, maka saya membuat keputusan muktamad. Ayam masak merah. Saya tanya dulu anak-anak...sebab hanya CW saje yang kuat makan sambal. Dua lagi tu, akan tolak sambal ke tepi, kalau makan dengan nasi lemak. Jadi, dia orang pun tak kisah... Dengan tekunnya, sambil melihat resepi di internet, saya pun mula memasak. Saya masak versi kurang pedas. Dah siap masak, ingat kan nak buat salad dressing untuk salad. Tapi penat pulak, jadi makan salad kosong sahaja lah.
Masa makan, saya tanye anak-anak ..."Sedap tak ayam masak merah mama ni?" Hmmm sedapla ma... Saya tanye lagi.... sekali lagi diaorang jawap sedap. Lepas ni, nampaknye boleh la saya masak lagi Ayam Masak Merah! Salad yang kosong tadi pun licin jugak...sebab dia orang makan dengan kuah ayam masak merah!!! Yes !!! Berjaya nampaknye!!
Subscribe to:
Posts (Atom)