Friday, December 21, 2012

Sungai Chao Praya, Thailand

Cerita hari ini ialah pengalaman menyusuri sungai Chao Praya di Thailand. Tak banyak yang nak dikongsikan. Cuma, menyusuri sungai ini kita boleh melihat serba sedikit bandaraya Bangkok. Ini termasuklah bangunan-bangunan kerajaan, hospital di mana Raja Thailand berada untuk mendapatkkan rawatan, universiti, rumah-rumah atau perkampungan, tempat penyelenggaraan kapal tentera serta kapal DiRaja. Saksikanlah rakaman gambar dari lensa i-Phone saya dibawah.
 



















 

Wednesday, December 12, 2012

Gambar Saya

 
Who is this beautiful lady... that is walking around kota Bangkok?  
 
 
Aha... rasa malu pun ada...sebab saya tak pernah letak gambar sendiri di dalam blog. Kalau ade pun, tak ade siapa yang boleh perasan penulisnya. Itulah saya, penulis blog ini..yang menulis apa sahaja terlintas di fikiran ini. Di sebelah saya pula ialah anak saya yang ketiga...Cami (CW). Gambar ini dirakam sewaktu kami berada di kota Bangkok (Disember 2, 2012) . Tengok kat belakang tu ada bendera Thailand.

Tuesday, December 11, 2012

Baiyoke Tower II

 
Ini lah bangunan yang tertinggi sekali di negara Thailand. Bangunan ini diberi nama Baiyoke Tower II. Bila mendongak atas, agak tinggi juga lah. Negara masing - masing, identiti masing - masing.. jadi tak usah lah nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Apa yang boleh saya katakan, mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamed adalah insan luar biasa dan bijak!
 
Di sekitar bangunan ni, terdapat gerai - gerai jalanan lebih kurang seperti Petaling Street di Kuala Lumpur. Oh ya, kami sempat juga sembahyang berjemaah bersama imam di sebuah surau di sekitar kawasan ini. Maknanya, kalau nak membeli belah, tak perlu risau kalau nak sembahyang, sebab ada surau yang dikendalikan oleh peniaga berbangsa Arab. Ianya tak jauh dari bangunan Baiyoke II ini. Nak kena pandai cari lah...ataupun tanya aje pengusaha Restoran makanan India di situ.


Monday, December 10, 2012

Bangkok, Thailand

Minggu lepas saya dan Cami menyertai rombongan ke Bangkok dengan menaiki bas. Perjalanan kami merangkumi bandar - bandar ; KL - Ipoh - Padang Besar - Bangkok. Sebaik aje mengambil Cami dari sekolah, saya memandu kereta terus ke Ipoh. Dari Ipoh, kami menaiki bas rombongan higgalah ke Padang Besar, sempadan Malaysia-Thailand. Setelah melepasi immigresen Thailand, kami bertukar bas. Kali ini kami menaiki bas *double decker* dan ditemani oleh pemandu pelancong kami iaitu Encik Ary bersama krew - krew beliau. Perjalanan ke Bangkok adalah satu pengalaman buat kami semua kerana perjalanan dari sempadan ini ke Bandaraya Bangkok mengambil masa 13 jam yang mana jauhnya ialah kira-kira 1000 km. "Bila nak sampai kotaraya Bangkok ni?" Soalan yang sentiasa berlegar-legar di kepala kami semua. Bayangkan..bertolak awal pagi dan sampai ke Bangkok pada jam 1.00 pagi keesokannya!  Alhamdulillah semua ahli rombongan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Kalau ada yang sakit sikit tu biasalah kan...
 
Di sini saya sertakan gambar-gambar di kotaraya Bangkok yang ketika itu sedang bersiap untuk meraikan Hari Keputeraan Raja Thailand.
 
 
 
 
 
Kalau berjalan di sekitar bandaraya Bangkok, kelibat biarawan atau di dalam bahasa Inggerisnya, monk, adalah perkara biasa. Ini kerana negara Thailand adalah sebuah negara Buddhist.

 
Gambar di atas ini pulak ialah Monumen Demokrasi Bangkok (Democracy Monument). Ianya adalah monumen awam yang terletak di tengah-tengah bandaraya Bangkok. Ia juga melambang kebebasan dan keamanan. Memang ada cerita di sebalik monumen ini. Nak tau lebih lanjut, kenalah cari sendiri...

 
Seperti Bandararaya Kuala Lumpur, Bangkok juga mempunyai artis jalanan tersendiri. Saya tertarik dengan lukisan jalanan ini. Tertera di situ "SAWADDE BANGKOK". Maksudnya...Hello Bangkok...

 
Kelihatan kereta, teksi dan juga tuk - tuk di jalanraya. Gambar Raja Thailand ada di mana-mana di sekitar bandaraya ini kerana rakyat sedang membuat persiapan Hari Keputeraan Raja Thailand pada 5 Disember 2012.




 
Saya tertarik dengan kedai barangan ni di tengah - tengah kota Bangkok. Kedai ini nampak berserabut. Barang-barangnya tidak disusun rapi... Ha..ha..ha..




 
Bandaraya Bangkok di waktu malam. Pada waktu ni, ada banyak gerai - gerai di jalanan yang menjual barangan sepert pakaian, beg dan lain- lain.


 
Kotaraya Bangkok di pagi Isnin. Warga kota telah mula sibuk keluar bekerja. Sama seperti Malaysia, mereka juga menggunakan motosikal sebagai pengangkutan. Anak - anak warga Thailand pada ketika ini masih bersekolah. Sistem penggal mereka tidak sama seperti di Malaysia. Cuti akhir tahun bagi anak-anak di Thailand ialah sekitar Mac dan April.

 

Saturday, October 13, 2012

Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak

Orang ramai sedang mengabadikan gambar kenangan di hadapan Masjid Ubudiah


Gambar Masjid Ubudiah ini dirakamkan pada petang Hari Raya Aidilfitri 1433H. Pada waktu tu, kami baru saja selesai ziarah menziarah saudara mara di Kuala. Petang tu, ramai juga pengunjung yang mengambil kesempatan bergambar bersama keluarga sebagai kenangan.
 
Masjid Ubudiah ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Masjid ini dibina pada sekitar tahun 1912 dan batu asas masjid diletak oleh Sultan Idris Shah 1. Ianya siap dibina dan dirasmikan pada 1917. Masjid Ubudiah ini diperbuat daripada batu marmar yang diimport dari negara Itali. Masjid ini dikenali sebagai Masjid DiRaja. Ianya terletak tidak jauh dari Istana Iskandariah. Kalau ke Kuala Kangsar, ataupun ke Utara, jangan lupa singgah ke Masjid Ubudiah yang antara tercantik di Malaysia.


Selamat Berhari Minggu!

Pejam celik pejam celik, dah pun masuk bulan Oktober. Cepatnya masa berlalu. PW pun cakap perkara yang sama; 'Mak, cepatnya hari berlalu..' Saya pun mengiyakan; 'Kita baru aje balik rumah nenek Sabtu lepas, ni dah nak masuk hari minggu.' Hah..macam tu lah. Saya pun dah lama tidak berblog. Sibuk menguruskan keluarga dan juga sibuk untuk menyiapkan tesis PhD yang akan berakhir hujung tahun ini. Apa- apa pun, Selamat Berhari Minggu buat semua pembaca blog sekalian. Jangan lupa jaga kesihatan dan juga jangan lupa buat senaman jalan kaki. Kerana apa? Kerana tanpa kesihatan, kita dah tak boleh buat apa - apa!
 
 
 
 

Thursday, August 9, 2012

Biskut seterusnya..


Aha..dah siap pun. Ni lah biskut yang ada *peanut butter* tu.  Tak tau lah apa rasanya. Kena tunggu waktu berbuka puasa nanti. Nampaknya dah semakin mahir budak2 ni! Huhh dah penat dah...off dulu..

Dah nak dekat Raya dah..



Rupa-rupanya dah nak dekat Raya dah kita ni. Macam tu lah masa berjalan dengan pantas sekali. CW dah berkali-kali ingatkan saya bila nak beli barangan untuk buat kuih! Saya pula asyik bertanya mana senarai barangannya! Akhirnya, *list* pun sampai dan kami pun pergilah membeli-belah. Hai..bersemangatnya CW..Kami heret papa sekali ke kedai sebab malas nak angkat barang. Nasib baik papa ok aje. Akhirnya juga, siaplah satu jenis biskut.....nama biskut ...? Lupa la pulak ...kena tengok balik blog kkida @ 1000resepi tu.. Tapi kalau tak silap, biskut nutella kot! He he he..mintak maaf ye kak ida, sebab tengah malas ni.. Gambar kat atas tu, ialah hasil air tangan CW dengan abangnya Adam pagi semalam. PW sesekali tolong juga. Saya tolong kemas dan basuh alat-alat kelengkapan aje. Untungnya dapat anak - anak yang rajin dan ada hati nak memasak. Alhamdulillah! Pagi ini depa sambung balik buat biskut yang sama, sebab kuantiti biskut semalam dah berkurangan...buat makan sahur pagi tadi. He..he..Budak-budak la katakan. Dah siap pun .... dan dah penuh satu bekas besar. La ni depa tengah menguli resepi yang sama, tapi kali ni guna *peanut butter* pulak! Sebab kat dalam blog kkida tulis boleh juga guna *peanut butter*. Ha..ha..ha.. Tadi, diaorang tengok tengok juga blog 1001resepi, kot- kot ada biskut yang berkenan. Saya cadangkan buat biskut yang ada hazel nut tu..tak pun yang ada selaput kelapa parut. Huhhh..depa tak berkenan. Depa nak yang ada coklat aje. Nak buat biskut yang ada ice-cream? Tak sesuai pulak, sebab cepat cair..He he..itu lah ragam orang nak meyambut Raya. Tahun ni, dan seperti tahun tahun lepas, kami akan balik beraya di Ipoh. Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca blog beragama Islam dan saya memohon maaf zahir dan batin atas segala kekurangan.












Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Hari ni dah masuk 5 Ramadhan 1433H. Alhamdulillah..ibadah puasa berjalan dengan lancar. Bila berpuasa, kita sunat bersahur. Bercakap pasal bersahur, biasalah budak-budak ni bukan main terujanya. Disebabkan takut kelaparan, mereka minta nasi putih dengan telur goreng. Saya layan aje... tapi yang penting, saya pastikan dia orang ambil kurma juga. Sebabnya, tiga biji kurma aje, dah cukup untuk beri kita tenaga dan zat-zat yang diperlukan untuk tubuh badan. Ini ternasuklah mineral surih (traces minerals), yang sukar diperolehi dan boleh didapati di dalam kurma.  Masuk hari ketiga..dia orang dah tak nak makan nasi dah untuk bersahur sebab terlalu berat!! Ha.... tu lah sebabnya saya biarkan aje permintaan awal tadi. Akhirnya, mereka bersahur macam sarapan pagi aje...
Nasib baik lah kita ni berpuasa di Malaysia. Kalau  berpuasa di Perancis, masa berpuasa lagi panjang sebab sekarang ni tengah musim panas.

Selamat Berpuasa buat semua pembaca blog yang dihormati dan dikasihi sekalian. Semoga ibadah kita diterima Allah dan sama-sama mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Maaf Zahir dan Batin segala kekurangan saya ini. 

Monday, July 16, 2012

Chocolate Cake ...


Mmmm.. tiba- tiba teringat nak buat kek coklat. Ini lah hasilnya....baru aje masak tadi. Dah malam begini, saya jarang buat kek. Tapi dek kerana budak-budak ni dah mula cuti sekolah selama dua bulan, saya *mengizinkan* diri ini untuk membuatnya. Tapi saya hanya membantu aje. Yang buat semua sukatan ..itu dan ini ialah anak saya ..Adam. Dia ni memang rajin...dan juga rajin makan. Resepi ni mudah aje..dan diambil dari blog kak kida..1001resepi. Kalau saya layar web kkida tentang kek atau biskut, budak-budak ni akan..wow...wow...huah sini..huah sana...huuh sini huhh sana. Tengok gambar aje dia orang dah teruja!

Berbalik kepada kek coklat tadi, susu yang tinggal beberapa ml itu, saya campurkan dengan yogurt. Sedap juga....dah masak...diaorang terus makan. Nyapppp..nyapp nyapp..tak payah dilapiskan dengan lapisan coklat!

Sebenarnya, kami baru aje balik dari Korea. Ada beberapa gambar dan kisah yang hendak diceritakan. Nantilah..bila ada masa lapang saya akan cerita kisah perjalanan kami ini. Sekian dulu..

Saturday, July 14, 2012

Laksa- Kucing Kesayangan Kami ...pergi buat selama-lamanya

Sedih tak terkata..kucing kesayangan kami pergi buat selama-lamanya..... Hasil ujian darah di hospital haiwan, Laksa, mati disebabkan keracunan. Dah masuk tiga minggu dah kucing ni tak ada. Di saat kucing ni nak *pergi*, anak-anak semua di sekolah. Tinggal saya seorang di rumah. Saya tengok Laksa tak nak makan. Asyik termenung aje. Sedang saya buat kerja dengan komputer, Laksa duduk di tepi kaki saya. Saya mengangkatnya...dari situ saya perhatikan pernafasannya terganggu dan saya dapat rasakan yang kucing ni akan pergi buat selama-lamananya. Uhhh..sedih...saya sempat mengusap usap badannya sambil meminta maaf kalau ada yang terkurang...Kucing ni pun macam faham aje..dia tengok mata saya...kami saling memandang. Kemudian saya dakap dia ..macam bayi kecil.. Sobb..sobb. Saya letak Laksa di lantai. Sekali lagi dia pergi ke kaki saya...kemudian *menyorok* kan diri di bawah katil di bilik bawah. Saya terpaksa keluar mengambil anak. Bila balik, kami menghantarnya ke hospital haiwan...... Keesokaannya, hubby telefon .....Laksa dah tak ade.. Semua bersedih...PW dan CW dan juga saya...tak dapat menahan kesedihannn ..mestilah menangis...sebab kucing ni dibela dari kecik... anak-anak pun masih kecil waktu tu..

Tak tau la pulak kat mana asal racun tu, sebab di rumah ini tak de bahan kimia yang terlalu toksik. Tapi yang pasti di belakang rumah jiran-jiran ni saya tengok ada rumput -rumput kering yang diracun!! Sungguh tidak wajar! Rumput yang tak berapa banyak tu pun malas dia orang nak cabut sendiri. Asyik pakai racun aje.
Laksa


Kebetulan...cara dia tidur macam anak patung harimau tu!!

Tuesday, May 22, 2012

Nak makan apa ye untuk berbuka nanti?

Soalan yang bermain-main di kepala di waktu ni. Nak makan apa bila berbuka nanti?
InsyaAllah hari ni saya berpuasa. Memang kadang-kadang kepala otak ni boleh *jam* seketika bila memikirkan ..nak masak apa? Dah la pulak tu..Adam dan PW mintak saya ambil mereka selepas aktiviti badminton di sekolah, petang ni..5.45 petang. Selalunya, kalau balik dari aktiviti badminton, suami yang jemput balik. Tapi ..faham faham ajelah..tak pernah tepat waktu. Jadi, diaorang mintak saya yang ambil petang ni...tapi dengan bersyarat, kena tolong mama masak! Salad..saya dah pesan kat Adam supaya membasuhnya nanti. Ok..jawaab Adam. Mama makan salad aje ke? Soal Adam. Takkkk..tapi, itu yang utama sebab mama kan dah *aging* , so kena lah jaga badan. Ooo... menu yang lain..nanti mama fikirkan!!! Nak makan apa ya???

Sunday, May 20, 2012

Kek Harijadi PW

Seminggu yang lepas ialah harijadi PW. Kali ini saya bercadang membuat sendiri kek harijadi untuk anak saya. Selalunya kami beli aje. Almaklum lah ..kadang-kadang ni bila beli..nak nak bila beli saat akhir, tidak begitu memuaskan. Nampak aje cantik..tapi rasa nya belum tentu lagi. Tapi sekarang anak-anak dah besar, jadi sedikit sebanyak kerja-kerja rumah dah jadi ringan.
Resepi Kek harijadi ni saya jumpa di blog kkida....blog 1001resepi tuuu.Saya berkenan dengan dengan kek tiramisu itu...yang juga dia buat untuk meraikan harijadi anak kesayangannya. Saya berfikir, "why not , buat macam kkida" He..he...entry saya ini pun macam kkida. " No copy copy and paste! Kita follow aje...habis cerita" He ..he.. Jadi ramuannya, ada yang sama dan ada yang tak sama...sebab kedai pun tak sama. Saya pergi kedai lain. Whipped Cream pulak..sengaja saya pilih yang biasa saya beli. Di Peranchis pun saya memilih jenis yang sama. Keburukan jenama ni, nozzle dia kurang berfungsi. Sekali pakai aje boleh. Kalau dah pakai..kena habiskan terus. Kalau disimpan dan nak pakai balik..mintak maaf..dia akan buat hal. Disebabkan budak-budak ni dah bukak dulu...dirasmikan untuk mulut depa dulu..maka kek ini adalah kek tanpa whipped cream! Tapi masih sedap. Huhhh dah penat menaip. Sekian dulu...amati ajelah gambar-gambar kat bawah ini. Sekali lagi diigatkan, entry nya macam entry kkida untuk kek tiramisu.