Kat dalam rumah ni, semuanya minum susu segar...setiap hari. Susu segar ni, biasanya untuk diminum macam tu aje, ataupun untuk dicampurkan dengan milo ataupun untuk buat 'carrot juice'. Oh ye..juga untuk dimakan dengan bijirin... Tak kira lah, siang atau malam...susu segar ..adalah kemestian. Kadang-kadang saya akan gunakan untuk masakan, contohnya kari. Saya tak gunakan santan dalam masakan saya sebab kolestrolnya tinggi dan merbahaya untuk kesihatan. MASALAHNYA sekarang ialah harga susu segar naik lagi. Harga sekotak (1Liter) susu segar yang biasa saya beli, hari ini dah mencecah lebih kurang RM 5.50 !!! MAHALNYA!!
Saturday, December 17, 2011
Friday, December 9, 2011
Disember Menjelang Lagi!
Wah, pejam celik, pejam celik, bulan Disember menjelang lagi. Bulan ini adalah bulan kelahiran saya. Alhamdulillah dikurniakan Allah, usia yang lanjut sehingga ke hari ini. Banyak pengalaman suka dan duka telah pun saya tempuhi. Banyak perkara yang saya inginkan telah pun tercapai. Syukur Alhamdulillah. Namun, ada juga yang ingin saya lakukan masih belum dicapai. Semoga apa yang saya cita- citakan akan tercapai ...InsyaAllah. Syukur juga, setakat ini saya dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Kesihatan itu penting. Tanpa kesihatan, satu benda pun kita tak dapat buat.
Subscribe to:
Posts (Atom)