Kat bandar Saint-Malo ni, ramai jugalah yang berbasikal (tapi saya rasa tak la seramai seperti di Denmark). Samada penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar mereka gemar berbasikal. Kat mana-mana pasti akan jumpa pembonceng basikal. Pembonceng basikal ni pulak tak kiralah muda mahupun yang dah berusia, wanita atau lelaki. Basikal yang saya perhatikan ada pelbagai jenis. Ada yang beroda dua ; khusus untuk lelaki dan ada yang khusus untuk perempuan. Ada yang menyediakan tempat duduk khas untuk anak kecil di belakang dan ada yang menyediakan beg di kiri dan kanan di bahagian tempat duduk belakang. Pernah juga saya terjumpa denga sekumpulan pelancong dari England yang berumur dalam linkungan 40-an membonceng basikal yang boleh dilipat ! Ianya praktik dan mudah di bawa ke mana-mana. Biasanya pelancong Britain tiba di sini dengan menaiki feri yang berlabuh di Pelabuhan St-Malo ini. Ada juga basikal yang beroda dua tapi berangkai dengan satu unit samada untuk tempat duduk (seperti kabin) di bahagian hadapan atau satu unit seperti kotak untuk diisi barangan (lihat gambar). Selain daripada tu ada juga yang beroda tiga, siap berbumbung lagi ! He…he..yang ni memang kelakar..
Friday, July 30, 2010
Monday, July 26, 2010
Salad nasi
Selalunya kalau ada nasi lebih masakan tengahari, saya akan guna balik nasi tu untuk dibuat nasi goring. Tapi kat sini, nasi lebih akan digunakan untuk buat salad (lihat gambar). Nasi tu bolehla ditambah dengan daun salad, telur rebus, tomato, crab stik, atau apa sahaja ikut tekak masing-masing ! Sediakan sos vinaigrette dan gaul bersama-sama campuran tadi.
Vinaigrette
1. 6 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
2. 2 sudu besar cuka balsimique (cuka epal pun boleh)
3. 2 sudu teh mustard
4. Garam secukup rasa
5. Rempah kari (ikut suka)
Gaul 1-5 dengan rata.
Selalunya hidangan salad dimakan sebelum hidangan utama. Boleh juga selepas hidangan utama.
Sos vinaigrette ini adalah satu kemestian bagi orang Perancis. Ia umpama sambal belacan la..kalau nak makan ulam!
Saturday, July 24, 2010
Berenang di pantai Tour Solidor (Solidor Tower), St-Malo, Brittany, France
8 Julai 2010
Aha…Hari ini kami berenang di laut di salah satu pantai di St. Malo. Air lautnya terlalu masin dan sejuk macam air dalam peti sejuk ! Lebih sejuk apabila angin sepoi-sepoi bertiup. Tapi bila dah berendam lama di dalam air, kesejukan dah tak jadi masalah. Pantai ini penuh dengan batu-batu kecil dan untuk ke laut lebih bagus kalau dapat pakai kasut sandal plastik. Tak de pokok kelapa seperti di Malaysia. Yang ade hanyalah batu batan dan kapal-kapal kecil. Pantai yang kami pilih untuk berenang ini tak ade orang, kecuali satu dua orang aje. Jadi tak la rasa malu sangat nak berenang (kecuali di bahagian belakang pantai). Setelah berenang, kelihatan sedikit garam melekat di tubuh badan anak-anak.
Aha…Hari ini kami berenang di laut di salah satu pantai di St. Malo. Air lautnya terlalu masin dan sejuk macam air dalam peti sejuk ! Lebih sejuk apabila angin sepoi-sepoi bertiup. Tapi bila dah berendam lama di dalam air, kesejukan dah tak jadi masalah. Pantai ini penuh dengan batu-batu kecil dan untuk ke laut lebih bagus kalau dapat pakai kasut sandal plastik. Tak de pokok kelapa seperti di Malaysia. Yang ade hanyalah batu batan dan kapal-kapal kecil. Pantai yang kami pilih untuk berenang ini tak ade orang, kecuali satu dua orang aje. Jadi tak la rasa malu sangat nak berenang (kecuali di bahagian belakang pantai). Setelah berenang, kelihatan sedikit garam melekat di tubuh badan anak-anak.
Bercuti di Saint-Malo, France
Charles de Gaulle AĆ©roport |
Oleh kerana terlalu sibuk, saya tak sempat nak post mengenai percutian saya. Saya sekeluarga sebenarnya sedang bercuti di Saint-Malo, France selama 1 bulan setengah bermula dari 1 Julai lagi. Di bawah adalah catatan saya yang belum sempat dipos!
Tiba di Paris jam 8.00 malam. Kami sekeluarga menziarahi keluarga sebelah suami di Perancis. Perjalanan menaiki kapalterbang bermula dari Kuala Lumpur menuju ke Doha (Semenanjung Arab)untuk transit dan dari situ, kami berpindah kapalterbang untuk ke Paris. Setiba di Doha, cuacanya amat panas, iaitu 43degree Celcius tetapi berangin. Pendaratan kapalterbang di Paris berjalan lancar walaupun terasa sedikit cemas cara Mr. Pilot melakukan pendaratan (Pernah mengalami pengalaman yang sama ketika kunjungan dulu) Berbeza caranya Mr. Pilot pertama melakukan pendaratan ketika di Doha. Ini mungkin bergantung kapada keluasan/ struktur lapangan terbang masing-masing. Diluar tingkap kelihatan masih siang lagi kerana sekarang ini ialah musim panas.
The World, kapal pelayaran berlabuh di Saint-Malo, France
Kalau dua minggu yang lepas saya dapat melihat Le Skat, kelmarin pula saya dapat melihat kapal yang diberi nama The World. Istimewanya kapal ni ialah mempunyai 165 unit residensi (106 apartment, 19 studio apartment dan 40 studios. Sesiapa sahaja boleh memiliki resedensi ini asalkan ada duit. Setiap unit dibuka untuk jualan. Pastinya, yang membelinya ialah jutawan! Panjang kapal ini pula ialah 196 meter dan mempunyai 250 krew. Kapal ini boleh menampung bilangan penumpang di antara 100-300 orang (residen dan tetamu).
Gambar di atas dirakam dari pantai di Intra-muros, Saint-Malo. Oleh kerana kapal ini terlalu besar, ianya tidak dapat berlabuh di tepi pelabuhan Saint-Malo. Kapal ini berada di perairan ini selama 3 hari sahaja,iaitu dari 21-23 Julai 2010. Dan ini merupakan kali kedua ianya berlabuh di Saint-Malo.
Tuesday, July 20, 2010
Le Skat , salah satu kapal layar terbesar di dunia
9 Julai 2010
Kunjungan saya ke Saint-Malo kali ini, dapat menyaksikan pelabuhan salah sebuah kapal layar terbesar di dunia. Sungguh menakjubkan ! Sekali pandang, malahan beberapa kali pandang pun, saya menyangkakan bahawa ianya adalah sebuah kapal militari. Saya mengetahui maklumat mengenai kunjungan kapal ini ke Saint-Malo setelah membaca akhbar Le Pays Malouin, sebuah akhbar tempatan Saint-Malo. Menurut akhbar ini, panjang kapal layar ini ialah 71 meter. Disebabkan teerlalu panjang, ia tidak dapat memasuki pelabuhan Saint-Malo. Ia hanya dapat berlabuh disekitar kawasan pelabuhan. Kunjungannya mendapat perhatian ramai pengunjung di sini. Dilaporkan nilai kapal ini ialah lebih kurang 80 million dollar. Di dalamnya terdapat lif, platform dengan jakuzi dan lain-lain…
Siapakah pemilik kapal ini?
Pemilik persendirian kapal ini ialah seorang jurutera Microsoft, Charles Simonyi, yang juga merupakan seorang yang rapat dengan Bill Gates.
Saturday, July 17, 2010
Julai 2010: Harga petrol , gula di Malaysia naik
Sekiranya keputusan ini positif atau demi kebaikan untuk rakyat Malaysia, kita kena redha atau terima dengan ikhlas. Kini dah tiba masanya Rakyat Malaysia mengurangkan penggunaan kenderaan untuk ke sesuatu tempat jika kurang penting.
- Untuk ke kedai runcit (dari rumah), umpamanya, adalah lebih sesuai berjalan kaki sahaja ataupun menaiki basikal. Bawa bakul atau caddy sendiri. Jadikan ianya sebagai suatu trend.
- Kerajaan/Majlis Daerah/ NGO/Penduduk setempat mestilah membina infrastruktur yang selesa kepada pejalan kaki atau pembonceng basikal. Cuaca panas dan hujan sepanjang tahun hendaklah diambil kira.
- Jadikan berjalan kaki dan berbasikal sebagai satu gaya hidup masyarakat Malaysia. Jadikan ianya sebagai aktiviti sihat. Faedahnya adalah kepada diri sendiri juga sebab berjalan mahupun berbasikal adalah baik untuk kesihatan. Oksigen dapat mengalir ke seluruh tubuh badan dengan cepat berbanding duduk.
- Setiap rakyat Malaysia mestilah bersatu padu kepada pengurangan penggunaan petrol sebaliknya lebih berjalan kaki atau berbasikal.
- Media massa, khususnya TV, mestilah menyiarkan kempen (yang kreatif) berjalan kaki dan berbasikal ke sesuatu tempat tidak jauh jaraknya adalah lebih baik daripada menaiki kereta.
Wednesday, July 14, 2010
Setelah sekian lamanya
'Setelah sekian lamanya' perkataan yang sering disebut-sebut jika tidak dilakukan untuk tempoh lamanya.
Mengapa saya berkata demikian ialah kerana saya telah mencuba berkali-kali untuk sign-in blog ini tetapi gagal. Kegagalan teknikal dan masa. Akhirnya berjaya jugak!
Subscribe to:
Posts (Atom)