Selepas waktu sekolah, saya dan anak-anak ke Mid Valley Mall mancari gadjet baru untuk Adam dan PW. Adam kini mempunyai minat yang baru, iaitu sukan papan luncur. PW pula membonceng basikal BMX. Minat ini timbul sebelum kami Taman Cabaran Putrajaya (Putrajaya Challenge Park) lagi. Sebelum ini Adam ada meminta saya belikan papan luncur. Saya tak endahkan kerana sebelum ini pun saya dah belikan dua papan luncur- satu di Giant Hypermarket dan satu lagi Carrefour. Kedua-duanya pun dah rosak. Jadi kenapa nak beli lagi? Asakan…….pujukan…..saya pun bersetuju sebab beliau menunjukkan minat yang mendalam. “ Ok, nanti kita beli di Giant”…. “Oh..NO Mama…yang di Giant tu kualiti tak bagus..” @#%$*$$$$$$$$ (keliru dibuatnya , budak ni!)
Kami pun membuat survey harga satu papan. Whuh!!! 300RM++ untuk sekeping papan macam ni! RM…Rm…rm…RM…Oh NO ADAM..Too expensive....
Dipendekkan cerita, sebagai permulaan, saya beli dua helmet dan satu set protection pad untuk mereka. Yang lain tu nanti dulu sebab boleh disewa. Saya menasihati Adam supaya dapatkan kemahiran meluncur dahulu baru pertimbangkan papannya. Saya juga bersetuju untuk menghantar mereka ke klinik (kelas) papan luncur dan BMX.
Bukannya tak mahu beli, tapi saya mahu mereka belajar bersabar apabila teringinkan sesuatu barang. Terutama sekali jika mahal harganya. Bukan itu sahaja, saya mengenakan syarat supaya mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.
Nampaknya saya mengalami fasa baru pembesaran anak-anak. Boleh saya katakan; Saya dan anak-anak sama-sama melangkah ke fasa baru-satu kehidupan!
No comments:
Post a Comment