Kebiasaannya apabila menjelang tahun baru, akan kelihatan banyak kalender, diari dan planner di kedai-kedai buku. Tak kiralah....baik di kedai buku popular mahu pun di kedai buku mamak. Ada pelbagai saiz diari yang dijual..dari yang kecil (bersaiz mini) hinggalah ke saiz yang besar, seperti saiz buku. Namun, zaman telah berubah. Kini terdapat diari digital seperti di dalam komputer, handphone dan lain-lain gajet. Tahun baru ini saya menerima dua buah buku diari secara percuma dari teman. Tetapi, saya lebih selesa menggunakan year planner ciptaan sendiri. Ianya adalah untuk kegunaan sendiri yang akan dibawa ke mana-mana. Saya juga mempunyai satu lagi bentuk atau design year planner yang di gantung di dinding dapur. Saya mencipta sendiri year planner dengan menggunakan tools yang ada di dalam komputer. Program yang senang digunakan adalah microsoft word (boleh juga menggunakan microsoft excel). Setelah siap, saya akan mencetaknya sendiri menggunakan mesin pencetak..semestinya lah..Year planner ciptaan sendiri telah saya gunakan bertahun-tahun....rasanya dah lebih 10 tahun. Ianya lebih konsisten dan efisien. Sebelum tu..saya menggunakan pelbagai jenis buku diari dan barbagai design. Kadang-kadang terasa janggal sebab sudah bertukar-tukar design.
Dalam banyak-banyak kalender, kalender yang saya suka ialah kalender ilustrasi Datuk Lat keluaran NST. Dari sehari ke sehari nak beli..tapi..asyik terlupa...Hmm..harap-harap masih belum terlambat...
No comments:
Post a Comment