Tuesday, June 16, 2009

BAHASA INGGERIS VS RAKYAT MALAYSIA

Baru-baru ini kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan bercadang mengenakan Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pada pandangan saya mewajibkan kertas ini adalah tidak wajar. Patutkah Bahasa Inggeris sama tarafnya dengan Bahasa Melayu di bumi Malaysia ini?

Ya, Bahasa Inggeris itu perlu, tetapi dari segi taraf, ianya tidak boleh sama dengan Bahasa Melayu di Malaysia. Apakah kesannya jika cadangan ini diteruskan? Apakah secara halus budaya Melayu kita akan pupus? Harus diingat bahawa kita sekarang berada pada zaman teknologi maklumat. Mereka ini mudah terdedah kepada pelbagai budaya. Kalau kita tidak mempertahankannya, siapa lagi?

Tidak salah berbahasa apa sekali pun, asalkan budaya timur kita tidak dilupakan. Lenggang lenggok pertuturan kita juga tidak diubah. Dan yang paling penting, Bahasa Melayu mestilah dimertabatkan.

Thursday, June 11, 2009

CABUT GIGI (EXTRACTION)


Subuh tadi aku mengalami kesakitan gigi yang amat sangat. Berdenyut-denyut... di bahagian rahang atas sebelah kanan (gigi bongsu). Kesakitan yang amat sangat sehingga mengalir air mataku. Azan subuh berkemundang, aku mengambil air sembahyang lalu menunaikan solat Subuh. Setelah itu aku mengejutkan suami ku, mengadu gigi ku sakit. Beliau bangun menenangkan aku dan bergegas ke dapur mandapatkan segelas air dan sebiji panadol. Kesakitan ku reda sedikit. Aku bersiap sedia untuk manghantar anak-anakku ke sekolah dan ke tempat kerja.
Tiba di pejabat, aku menelefon UMSC (sebuah pusat perubatan) untuk mendapatkan rawatan gigi. Rawatan gigi di situ bermula jam 2.00 petang. Aku dinasihatkan oleh seorang jururawat untuk membuat rawatan di Fakulti Perubatan, UM kerana rawatan bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Bersetuju dengan cadangannya, aku pun pergi ke Fakulti tersebut.
Selepas pendaftaran (pertama kali mendapatkan rawatan di Fakulti berkenaan), aku menunggu giliranku sepertimana pesakit-pesakit yang lain. Pada jam 10.40 pagi, giliranku pun tiba. Aku dinasihatkan oleh doktor yang pertama agar gigi ku dicabut. Seorang doktor muda, gadis dan pada fikiranku agak tidak mesra pelanggan (minta maaf ye doktor! Tapi servis mu dikenang). Menurut beliau, gigi bongsu elok dicabut kerana tiada fungsi. Aku juga maklum akan tiada fungsi gigi bongsu dengan rawatan sebelum ini. Cuma aku agak gentar dengan rawatan cabut gigi.Kemudian aku dipindahkan ke ‘bahagian cabut gigi’ yang berhampiran (yang sama paras).
Dibahagian ini aku menerima rawatan dari seorang doktor wanita, muda dan amat ceria sekali. Beliau berasal dari Iraq. Doktor kedua ini memberi aku tiga kali suntikan! Pada perkiraan aku, itu sudah cukup banyak! Sebagai pesakit, kita menerima sahajalah. Kebasnya sudah terasa...dan doktor ini pun memulakan proses mencabut gigi. Kadangkala terasa sakit...aduh sakitnya!!!!! Beliau dan jururawat bertugas cuba menenangkan aku. Aduh....Beliau cuba sedaya upaya tidak terlalu kasar dengan cabutan gigi ini. Walaupun tiga kali suntikan bius, aku masih tidak mampu menahan sakit apabila beliau cuba menarik keluar gigi yang sudah separuh pecah ini (pecah sebelum rawatan gigi lagi). Aku mengalirkan air mata!! Malu memang lah malu!! Tetapi apakan daya kerana tidak tahan sakitnya. Doktor bercadang agar aku berehat seketika. Disamping itu beliau bercadang agar ditambah lagi dos ubat bius. Kali ini tugasan disambung oleh doktor yang pertama. Aku bertemu kembali dengan doktor pertama ini. Tak mengapalah, beliau hanya menjalankan tugas. Doktor yang kedua tadi membuat rawatan dengan pesakit yang lain pula. Keseluruhan suntikan ubat bius yang diambil adalah 5 kali! Aku rasa ini adalah yang maksima. Sewaktu menunggu kebas, aku keseorangan di unitku bersama seorang pembantu bertugas. Ada waktunya jantungku berdegup dengan terlalu laju! Perasaan ku bertambah berdebar. Pelbagai soalan bermain difikiranku pada waktu itu. Adakah aku akan pengsan?? Adakah aku akan mengalami sesak nafas? Memang pada waktu itu, aku terasa seperti sesak nafas. Berdebar-debar, jantung berdegup dengan cepat dan sesak nafas. Aku mulai panik. Tetapi aku menguatkan semangat, ucap selawat nabi dan mohon doa pada Allah agar semuanya berjalan lancar. Tak lama kemudian perasaan ku dan pernafasanku kembali normal. Doktor pertama kembali dan bertanya kepadaku samada sakit atau tidak apabila beliau mengusik gigiku. Tidak sakit nampaknya. Doktor mula mencabut gigiku. Grog..grag..grog ...grag...selesai! Tidak terasa sangat sehingga aku sendiri tidak tahu bahawa proses mencabut gigi telah selesai. Aku bertanya doktor untuk kepastian. Beliau memberitahuku gigi sudah dicabut. Lega rasanya...teramat lega!!! Aku amat bersyukur kerana semuanya telah selesai. Aku meminta izin untuk melihat gigiku. Separa pecah dan separa lagi dipenuhi dengan sisa makanan yang lama. Sambil meneliti gigi, doktor meletakkan kad rawatan di atas pehaku. Aku maklum, aku terpaksa beredar kerana jam menunjukkan hampir 12.30 tengah hari. Sambil berterimakasih, aku pun beredar. Tetapi sebelum itu aku mengucapkan terimakasih kepada doktor yang kedua dan meminta maaf kerana tidak dapat menanggung kesakitan yang amat sangat! Aduhai Gigi Bongsu!

Monday, June 1, 2009

Nama lokasi pejabat Gah sekali..Syarikat pun mestilah Gah tetapi...

Baru-baru ini saya membuat pinjaman untuk membeli sebuah kondominium. Kondominium ini telah pun siap dan setiap pembeli bersedia untuk mengambil kunci tersebut termasuklah saya. Proses pengambilan kunci ini boleh diambil di salah satu unit di bangunan kondo tersebut.

Sebelum kunci diperolehi, setiap pembeli hendaklah melunaskan berapa bil seperti yang tertera pada surat penyata akaun. Bagi kes saya, oleh kerana pihak peminjam belum melunaskan 5% yang terakhir daripada kos harga kondo, maka saya terpaksa menulis surat rayuan kepada Encik XXX XX XXXXX. Ini membolehkan saya memperolehi kunci tersebut.

Maka, saya pun menulislah surat rayuan dan untuk mempercepatkan proses, saya berhasrat untuk menghantar sendiri surat berkenaan di pejabat Syarikat Pembinaan tersebut. Pejabatnya ialah di Mont’ Kiara, Hartamas, suatu nama yang gah begitu. Pada perkiraan saya, jika nama tempatnya gah, maka, Syarikat nya juga mestilah gah!

Tup..tup...apabila saya pergi ke pejabat berkenaan yang bertempat di tingkat 8 (atau 9?), alangkah terkejutnya saya apabila pintu pejabat BERKUNCI! Bukan setakat itu saja, pintu cerminnya turut ditutup/dihalang oleh papan! Pejabat apa ni!!! Saya semak kembali alamat pejabat...ya memang betul alamatnya. Tapi tak apa, saya salurkan surat rayuan itu ke dalam peti surat yang berkenaan di tingkat bawah. Dalam hati saya, patutlah kerani di bangunan kondominium itu berkata, “Cubala..Kalau Mr. XXX XX XXXXX ada”.

Selidik punya selidik, rupa-rupanya, pejabat berkenaan hanya ada 2 orang pekerja! Persoalannya adakah syarikat ini hanya terdiri daripada 2 orang pekerja?? Bagaimana pula kerani – kerani yang beroperasi di bangunan kondominium? Adakah mereka pekerja sambilan? Kerana apabila saya mengadu tentang pejabat syarikat di Mont’ Kiara , mereka hanya berkata “ tak tahu..” Setiap soalan yang saya ajukan, jawapannya ialah “tak tahu”. Segala maklumat yang saya ingin tahu hanyalah daripada peguam yang dilantik. Namun beliau tidak dapat membantu saya untuk mendapatkan kunci. Tetapi beliau sangat berkerjasama. Itulah pengalaman pertama saya.... Nama lokasi pejabat Gah sekali..Syarikat pun mestilah Gah TETAPI..........