Ketika aku mula bersekolah, ibu menghantar aku ke sekolah dengan menaiki kereta mini Austinnya. Seronok dapat pergi ke sekolah. Setelah beberapa bulan berlalu, aku menaiki bas sekolah pula. Itu adalah pengalaman ke sekolah ketika di Darjah 1 (Tahun 1978). Setelah kami berpindah ke kawasan perumahan baru, aku dan kakakku pergi ke sekolah dengan menaiki bas awam. Seingat aku tambang bas ketika itu hanyalah 0.15 sen sahaja! Aku terpaksa menaiki bas sebanyak 2 kali. Pertama dari rumah ke Stesen Bas Ipoh. Kemudian bas yang kedua pula, berhenti terus di depan pintu utama sekolah. Selalunya aku akan singgah membeli sebungkus kacang putih daripada seorang penjual kacang putih di Stesen Bas tersebut. Terdapat ramai penjual kacang putih di situ. Mereka semua adalah berbangsa India, perempuan ataupun lelaki.
Menaiki bas awam ketika itu adalah perkara biasa bagi murid-murid sekolah. Masing-masing dengan pakaian seragam sekolah. Membezakan kami adalah lencana sekolah.
No comments:
Post a Comment