Saturday, October 13, 2012

Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak

Orang ramai sedang mengabadikan gambar kenangan di hadapan Masjid Ubudiah


Gambar Masjid Ubudiah ini dirakamkan pada petang Hari Raya Aidilfitri 1433H. Pada waktu tu, kami baru saja selesai ziarah menziarah saudara mara di Kuala. Petang tu, ramai juga pengunjung yang mengambil kesempatan bergambar bersama keluarga sebagai kenangan.
 
Masjid Ubudiah ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Masjid ini dibina pada sekitar tahun 1912 dan batu asas masjid diletak oleh Sultan Idris Shah 1. Ianya siap dibina dan dirasmikan pada 1917. Masjid Ubudiah ini diperbuat daripada batu marmar yang diimport dari negara Itali. Masjid ini dikenali sebagai Masjid DiRaja. Ianya terletak tidak jauh dari Istana Iskandariah. Kalau ke Kuala Kangsar, ataupun ke Utara, jangan lupa singgah ke Masjid Ubudiah yang antara tercantik di Malaysia.


Selamat Berhari Minggu!

Pejam celik pejam celik, dah pun masuk bulan Oktober. Cepatnya masa berlalu. PW pun cakap perkara yang sama; 'Mak, cepatnya hari berlalu..' Saya pun mengiyakan; 'Kita baru aje balik rumah nenek Sabtu lepas, ni dah nak masuk hari minggu.' Hah..macam tu lah. Saya pun dah lama tidak berblog. Sibuk menguruskan keluarga dan juga sibuk untuk menyiapkan tesis PhD yang akan berakhir hujung tahun ini. Apa- apa pun, Selamat Berhari Minggu buat semua pembaca blog sekalian. Jangan lupa jaga kesihatan dan juga jangan lupa buat senaman jalan kaki. Kerana apa? Kerana tanpa kesihatan, kita dah tak boleh buat apa - apa!