Sekali lagi puasa jatuh pada musim panas. Bangun sahur adalah pada pukul 3.50 pagi. Waktu subuh pulak adalah sekitar 4.40 pagi. Hari pertama dan kedua sahur, Cami dengan Adam nak makan nasi untuk sahur.Terpaksalah saya masak nasi dan goreng telur sahaja. Tapi dah masuk hari ketiga, depa tak nak nasi. Cuma minum susu coklat panas dan roti *baguette* sahaja. Macam sarapan pagi setiap hari. Tak lupa juga ..buah kurma. Saya pastikan setiap orang memakan buah kurma.
Cami dapat puasa sekerat jalan aje. Adam tak ada masalah nak puasa. Bila waktu petang menjelang sekitar 7.00 petang, dia dok mundar mandir ke dapur. ..tengok saya masak. Muka pun dah berubah..
Sekitar jam 9.50 malam barulah kami dapat berbuka. Hari pertama, tahap selera perut boleh tahan lagi. Tapi peliknya hari kedua kami hanya jamah tiga empat suap nasi sahaja..sebab kurang selera. Begitulah pengalaman berpuasa pada musim panas di Perancis.