Sunday, January 23, 2011

Larian Gemilang 2011

Semalam, buat pertama kalinya saya menyertai acara larian sejauh 10 KM. Kalau tak silap saya, acara terakhir saya meyertai acara larian 10 KM ialah sewaktu menuntut di Universiti. Dah lama dah...
Jadi semalam, saya saje suka-suka menyertai acara larian ni..Wah tak sangka pulak boleh menamatkan laluan sejauh 10 KM dan dalam tempoh 1jam 15 minit (Tempoh layak ialah 1 jam 45minit). Ok le tu..untuk rekod sendiri! Dapat sijil penyertaan pulak lagi...wah betul-betul seronok dan bangga (sori ye ..syok sendiri..he..he..).

Saya sendiri tak menyangka saya boleh melakukannya. Mula-mula..saja suka-suka 'register' untuk menyertai larian..tapi..bila menjelangnya hari larian..timbul pulak perasaan ragu-ragu.

Nak tarik diri atau nak teruskan??

Boleh ke aku habiskan 10KM ni?? Isyhhhh..

Apa la yang aku buat ni?


Akhirnya saya memutuskan untuk mencabar diri sendiri..dan selepas sembahyang Subuh, saya pun berangkat pergi ke tempat acara diadakan, iaitu Universiti Malaya.

Saya memerhatikan gelagat peserta masing-masing. Mereka sanggup turun seawal pagi. Hari masih gelap lagi, dan mereka sedang memanaskan badan. Bukan calang-calang peserta. Tapi relaks...kata hati saya. Saya memerhatikan lagi..kebanyakan peserta adalah muda-muda belaka berbanding dengan saya.  Adalah beberapa orang yang sebaya dan lebih tua. Tapi relaks..kata hati saya lagi..tujuan saya ke sini adalah untuk menguji diri sendiri ..dan sambil berlari..sambil beramal kerana sebanyak ..RM (tak ingat pulak berapa) akan disumbangkan ke Badan Kebajikan.

Selepas ni ..saya berasa yakin kepada diri sendiri untuk menyertai acara larian yang lain pulak. Terasa seronok pulak, disamping menjaga kesihatan diri ..

Lepas ni ke mana pulak ye?



Sunday, January 2, 2011

Periuk Besar

Menu untuk makan tengahari ni, saya sediakan sup ayam! Hmmm sedap! Sewaktu kuah mendidih..membuak-buak sup ayam tu...Saya terpaksa mengacau selalu sambil mengawal api dapur supaya kuah tu tak tumpah.

Tiba-tiba baru saya teringat ..ibu berpesan supaya membeli periuk yang lebih besar!! Anak-anak semuanya dah besar..maka periuk pun mestilah BESAR!!

Ok..lepas ni terpaksalah saya mencari periuk yang lebih besar. Betul juga tu, selalunya kalau ada tetamu, saya tidak berani menyediakan makanan yang berkuah, sebabnya..periuk yang sedia ada didapur ni memang bersaiz sederhana besar...Hmmmm...suatu perubahan buat saya : )

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru 2011!!
Semoga apa yang berlaku tahun lepas dijadikan pedoman dan tahun yang baru ini disambut dengan penuh bersemangat!