Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009!

Tinggal lebih kurang 1 jam 30 minit saja lagi, tahun 2010 akan menjelma. Selamat tinggal 2009 dan Selamat Datang 2010. Semoga tahun baru ini akan memberikan lebih kegembiraan, keimanan dan kesihatan.
Anak-anak masih belum tidur lagi kerana ..bukannya menanti menjelang 12 tengah malam, tetapi menunggu tibanya gerhana bulan separa pada jam 1.17 pagi! Apa-apalah...esok pun cuti.

Tuesday, December 29, 2009

KBS World


Antara (di antaranya..yang lain tu rahsia, He..he..) perkara baru yang saya dapat tahun 2009......

Sejak akhir-akhir ni seronok pulak menonton tv saluran KBS World (Korea). Apa yang dipertontonkan memang menghiburkan dan tak kurang juga membuka minda. Contohnya; gerak-geri mereka yang pernuh hormat, sopan santun, pakaian kemas, fesyen rambut yang bersesuaian, kasih sayang, kekeluargaan, tutur kata yang lembut, profesional, moden, keilmuan, pendidikan, nasihat dan lain-lain. Antara yang sempat saya tonton ialah drama, dokumentari, Muzik dan Comedy. Berikut pula adalah antara program yang saya ikuti:
Open Concert
Two nights and one day
Terms Endearment
Taming of the heir
dll.

Drama korea pertama yang saya tonton ialah lebih kurang 10 tahun yang lepas. Memang Best. Tapi masa tu tak ada saluran KBS world. Sekarang dah ada!

Sunday, December 27, 2009

Awak ambil gambar saya, Saya ambil gambar awak

Awak ambil gambar saya, Saya ambil gambar awak!

Teringat pulak nak letak gambar ni. Gambar ini dirakam sewaktu jamuan Hari Raya yang lepas. Dalam sibuk saya merakam gambar suasana, tiba-tiba adik kecil ni merakam gambar saya. Saya pun turut merakam gambar beliau. Seronok tengok gelagat beliau yang spontan..

Thursday, December 24, 2009

Moral dan Etika

Saya rasa tak perlu diperlanjutkan lagi apa yang berlaku di penghujung 2009 di negara kita. Pertama, kehilangan dua enjin pesawat F-5E dan keduanya ialah kehadiran YB di Parlimen bagi pengundian bajet 2010.

Menyedihkan.

Bagi saya apa yang penting di sini ialah moral dan etika.

Fikir-fikirkan lah!

Saturday, December 12, 2009

Disember 2009

Pejam celik pejam celik, tahun 2009 dah pun sampai ke penghujungnya. Anak-anak pun pelan membesar. Adam dah sama tinggi dengan saya dan akan bertambah tinggi. PW pulak nampaknya membesar ke hadapan! Papa memanggilnya potato manakala nenek pula menggelarnya pumpkin. He..he.. Cami juga bertambah besar. Semua baju bertambah kecil..dengan cepatnya. Beliau sekarang berusaha keras di dalam pelajarannya. Tidak lagi seperti tahun lepas, di mana beliau agak ketinggalan berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Saya pulak, bertambah matang, begitu juga dengan suami.


Tak lupa juga...bilangan kucing kat rumah ni pun turut bertambah..ada 4 semuanya..


Akhir sekali, Selamat Berhari Minggu!