Jemput-jemput ikan bilis yang dimasak oleh Adam
Petang ini Adam masak jemput-jemput ikan bilis untuk minum petang. Minggu ini anak-anak tak bersekolah sebab cuti sekolah selama seminggu. Pada mulanya saya yang hendak masak. Bawang besar pun dah siap di potong dadu. Tiba-tiba Adam datang ke dapur nak tengok apa maknya buat. Apa lagi, dia meminta untuk membuat semdiri jemput-jemput ikan bilis. Baiklah ..tak de masalah. Jadi saya pun duduk didapur sambil menulis blog ini. Cami datang mengacau abangnya..nak tolong masak. Mereka berdua membancuh tepung bersama-sama...tapi bila masuk bab menggoreng..kedengaran suara Adam memarahi adiknya Cami. Rupa-rupanya..Cami pun nak menggoreng sama. Tak boleh! Sebab Cami kecil lagi..Cami pun mengundur...pergi kacau abang yang sorang lagi pulak. Emm sedapnya bau ...
Jemput-jemput ikan bilis ni memang kegemaran saya. Masa kecik-kecik dulu mak selalu masak untuk minum petang. Kadang-kadang untuk sarapan, kadang-kadang tu untuk makan malam jugak. Cicahnya dengan sos tomato atau sos cili. Kena pulak dengan air kopi-O. Wah memang sedap!!
Bercakap tentang kopi pulak, selalunya serbuk kopi tu Mak beli di pasar besar Ipoh dari peniaga kopi. Kat situ, biji kopi dikisar terus samada halus atau kasar. Ada beberapa jenis biji kopi kat situ yang disimpan dalam balang yang sangat besar. Biji kopi tu pulak ada pelbagai jenis dan gred. Saya tak pastilah pulak jenis dan grednya, sebab masa tu masih bersekolah. Tak ambil pusing la pulak jenis kopi. Janji boleh minum. Tapi, rasanya memang enak, ada kelas dan umphh...Macam iklan pulak.
Dibawah adalah resepi jemput-jemput ikan bilis:
Tepung gandum (ikut suka nak banyak mana)-diayak
Bawang besar (1 atau 2 labu)
Ikan bilis
Air
Lada hitam
Kesemua ramuan diatas dicampur dan diramas sehingga sebati. Adunan mestilah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Ini boleh dilakukan dengan amaun air yang ditambah. Maknanya kalau adunan itu pekat, maka tambahlah sedikit air.
Kemudian biarkan adunan sebentar dalam 10 minit, barulah digoreng. Ambil adunan dalam satu sudu besar (atau sejemput) lalu digoreng ke dalam minyak yang sederhana panas. Goreng sehingga warnanya menjadi keperangan. Angkat dan toskan. Kemudian bolehlah dihidang untuk dimakan bersama keluarga tercinta.