Sedih mendengar berita malam tadi, iaitu bangunan bekas Jaya Supermarket, Section 14, Petaling Jaya runtuh petang semalam. Supermarket ini adalah tempat biasa saya dan rakan-rakan ber ‘shopping’ dan menjamu selera. Restoran yang biasa saya kunjungi ialah ‘Cable Car’. Memang nostalgia buat saya. Baru semalam saya melalui kawasan tersebut atas urusan bank berdekatan.
Setakat ini 3 orang maut di bawah runtuhan. Mereka yang terperangkap adalah pekerja asing yang sedang menjalankan kerja-kerja runtuhan bangunan (untuk dibangunkan semula). Mereka hanyalah buruh kasar yang bekerja siang malam mencari rezeki di kota besar (sekadar petikan lagu). Harap mangsa yang terlibat bersabar dengan dugaan ini.