cerita-cerita aje
Wednesday, June 22, 2016
Ramadhan Kareem 1437H
Selamat Datang Bulan Ramadhan yang penuh barakah.
Wah dah lama tidak menulis di blog ini!
InsyaAllah jika masa mengizinkan, saya akan terus mencatat semoga memberi manfaat kepada yang membacanya.
Sekian dulu.
Selamat menjalani ibadah di bulan yang penuh keberkatan ini.
Sekian.
17 Ramadhan 1437 H

Monday, January 14, 2013
Memohon Kad Pengenalan PW - 2012
Penulis dan CW bergambar di perkarangan Kompleks Kementerian Dalam Negeri |
Kat Malaysia ni, apabila seseorang anak tu dah berumur 12 tahun, kenalah memohon kad pengenalan. Jadi kami tiga beranak pun (Cami pun turun meneman) pergilah ke Jabatan Pendaftaran Negara yang terletaknya di kawasan Jalan Duta. Kompleks bangunan ini baru saja siap dan sudah pun beroperasi. Kalau ada yang nak buat pasport Malaysia, boleh lah juga berbuat demikian. Semuanya di dalam kompleks yang sama. Kompleks ini juga merupakan Kompleks Kementerian Dalam Negeri.
Kami ke sana di sebelah petang dan ketika itu tak ramai orang. Isi borang .. ambil gambar... dah selesai. Oh ye ..bayar denda seringgit sebab melebihi tempoh. Biasalah....nak uruskan masa satu hal lah pulak. Tapi kad pengenalan itu sendiri kenalah datang ... tak ingatlah pulak..sama ada keesokannya atau seminggu kemudian. Yang saya ingat, tiga minggu berturut saya ke sana sebab nak uruskan pasport Cami dan Adam yang dah tamat tempoh. Bercakap pasal Adam pula, inilah pertama kali saya terpaksa membayar harga penuh untuk pasport beliau sebab dah umur dah melebihi 12 tahun! Tiket kapal terbang pun sama juga...semua ahli keluarga kena bayar penuh kecuali Cami. Makin bertambahlah belanja kami kalau nak jumpa Mummy! Tak pa ...kita kena ingat rezeki itu datangnya dari Allah jua.
Kat atas ialah gambar saya bersama PW di perkarangan kompleks yang berlatar belakangkan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Thursday, January 3, 2013
Hat Yai - gambar kenangan
Hat Yai - pasar
Bandar Hat Yai adalah destinasi terakhir kami setelah beberapa hari berada di Thailand. Secara amnya perjalanan kami merangkumi Ipoh - Padang Besar/Sadao - Surat Thani - Bangkok - Pattaya - Bangkok - Hat Yai - Bukit Kayu Hitam. Kami tiba di bandar Hat Yai lebih kurang pukul 3. 30 pagi. Memang perjalanan yang amat jauh tetapi memuaskan. Ding dong ding dong selepas solat subuh, saya melelapkan mata sebentar. Sekitar pukul 9.00pagi saya, CW dan bonda pergi ke pasar untuk melihat lihat suasana pasar di sana. Kami pergi dengan menaiki Tuk - Tuk. Cewah...seronoknya dapat naik Tuk -Tuk. Tak payah bawak kereta...
Setibanya di pasar... Uhhh bermacam-macam jenis sayuran, tetapi kebanyakannya ialah cili padi yang segar - segar belaka, ubi keledek, halia, serai dan lain-lain. Boleh di katakan, semua sayuran seperti halia dan serai telah siap dibersihkan dan juga telah siap dihiris. Tinggal aja bila balik nanti terus masak. Uhh nikmatnya...tak payah nak bersusah payah lagi ... terus aja masak. Alangkah bagusnya kalau dapat tinggal berhampiran dengan pasar sebegitu!
Barangan lain yang sempat saya perhatikan ialah katak yang telah siap disiat, buah manggo (siap dihiris), buah gajus.. yang telah siap dipanggang, ada juga yang disadur dengan madu, udang kering segar, asam jawa segar, petai segar bermata besar dan lain - lain. Bank CIMB pun ada juga...
Ubi keledek |
Katak untuk hidangan? |
...sedang memotong dan menghiris buah mangga |
Telur Masin Surat Thani
Telur masin Surat Thani |
Surat Thani adalah sebuah bandar kecil yang terletak di Selatan Thailand. Sewaktu perjalanan menuju ke Bangkok, kami sempat singgah di Surat Thani untuk makan tengahari. Bandar Surat Thani ini terkenal dengan produk telur masin dan juga belacan. Produk ini adalah halal. Rasa telur masin ni memang sedap. Kami sempat membeli beberapa kota telur masin sebagai ole-ole. Harga telur masin ini ialah 100 Baht (lebih kurang 10 RM) untuk tiga kotak. Sangat murah. Bila la agaknya dapat ke sana lagi?
CW bersama sepupu sedang bermain - main sambil menunggu kami membeli telur masin |
Wednesday, January 2, 2013
Pattaya, Thailand
Di Thailand, kami sempat singgah bandar Pattaya. Ianya adalah sebuah bandar yang penuh dengan pelancong luar kerana pantainya dan...
Terdapat banyak hotel, bar dan apa-apalah di sepanjang pantai. Waktu sampai, hari dah nak senja, jadi saya hanya sempat menikmati udara pantai ... tak sempat pun nak jalan-jalan. So, duduk ajelah sambil tangkap gambar sini sana dan memerhati gelagat manusia. Berhadapan pantai ni ada sebuah *shopping mall* iaitu Mike Shopping Mall. Saya tidak ke sana sebabnya ..di KL ni pun tak ada kurangnya! Lebih baik kesempatan waktu yang ada ni digunakan untuk menikmati keindahan alam ciptaanNya. Di bawah ni ialah gambar - gambar yang sempat dirakamkan. Harap terhibur...
suasana pantai di waktu petang |
menikmati keindahan alam |
sedang menikmati udara laut |
pekerja sedang bermain bola |
Waktu senja di Pattaya |
Pantai di Pattaya pada waktu malam |
CW sedang bermain air laut |
Daniel - anak saudara |
Abang Man (abang ipar) |
Bonda tercinta bersama anak saudara, Afik |
Subscribe to:
Posts (Atom)